Saturday, 17 December 2016

Study Week

Haiii guyss... Im back after a long break.. Cehh break lah sangat.. haha.. baru ada kesempatan mau menaip lagi.. sebab selama ni nak tau taip apa ja? taip assignment yg berlambak sangat tu. plus laptop fatin tak berapa ok.. dah naik sawan dia ni saat-saat banyak kerja nak buat.. naik stress juga fatin.. stress dengan assignment stress pasal takut tak dapat score lagi sem ni. huh.. sabar ja lah.. i know i can do it macam sem-sem lepas. walaupun sem ni banyak masalah nak kena hadap, telan jak lah. takut juga pelajaran terganggu oleh kerana emosi ni selalu tak stabil. banyak sangat benda yang nak difikirkan.. i don't know what to say so far i'm okay.. selebihnya tu biarlah jadi rahsia.. =) 
*
*
*
fuhhh... final exam dah nak dekat dah.. belum prepare lagi.. macam sem-sem lepas.. asal nak study week diri ni buat perangai.. saat-saat macam ni lah tangan ni gatal sangat nak buka drama Korea.. hahaha.. sabar ja lah.. hari tu tak kisah sangat nak tengok drama sekali masa nak study week ni lah rajin sangat nak tengok drama. apa lah nak jadi dengan engkau ni wahai Fatin?? heheh...

Nak tau tak, sem ni kan fatin ada buat part time kat Nasi Kukus dekat 1 boreo tu.. heheh.. siapa orang KK kat sini yang muka dia dok hadap 1B je tiap hari confirm dia tau lah tu Nasi Kukus ni dkat mana. haha.. ye lah. start keja kat sana masa hujung bulan september.. Sebab kan sem ni kitaorang banyak guna duit.. so tak nak lah menyusahkan ibubapa sebab adik beradik yang masih sekolah pun ramai. so fatin ambil la experience ni kerja dengan orang.. Alhamdulilah, bos baik sangat dengan staff dia.. siap di bawa lagi pergi release tension lepas habis kerja.. bayangkan lah sehari kerja dari jam 11am-9.45pm.. lepas habis keja tu kita tak balik terus tapi kita kemas kedai tu lagi.. kadang-kadang dekat jam 12 baru balik asrama.. tu pun kad matrik selalu kena tahan, tulis nama. Lagi lucu pernah sekali fatin try tulis nama palsu sekali kedapatan sebab pak cik guard tu cek kad matrik. wakakaka. malu sis tau.. sampai bilik terus tidur.. memang sangat penat. nasib bos bagi kerja sminggu dua kali. kalau bagi kerja setiap hari confirm jadi lidi fatin ni sudahlah memang macam lidi sem ni. 

Anyway, memang buat part time ni best.. cuma hati tu kena kuat, fizikal kena kuat sebab apa? sebab tiada kerja yang tak penat beb.. kalau nak complaint pun kan tak ada guna sebab memang kerja tiada yang tak penat bak kata boss kami "siapa yang kata tak penat tu memang dia kerja curi tualng" haha.. see? betul juga boss kata macam tu. so syukur lah. dapat cari pengalaman untuk dapat duit poket sendiri. Next time nak buat part time lagi.. hehe. InshaAllah kalau tak busy sem depan nak juga part time lagi.. time management tu penting.. 
*
*
*
Bosan sangat masa study week ni tau.. tak tau nak buat apa. sebab fatin kalau study awal-awal macam ni memang tak masuk otak punya,apa boleh buat.. sayang kan masa tu tak diguna sebaik mungkin. Yala InshaAllah lepas ni nak buat notes sikit2.. 

Ok laa. Tu ja lah coretan untuk hari ni.. merapu sikit2 so now i have to clean up my room.. berhamburan sangat.. hahah.. kbye.. see yu again in the next entry.. papaiii~

Monday, 7 March 2016

Kisah Si Gadis Tingkatan 6

selamat malam you alls.. fuhh.. baru lah ada kesempatan nak jenguk belog.. ramai juga datang menziarah blog yang serba tak perfect ni time tuannya sedang busy dengan semester baru yang dah hampir masuk sebulan dah.. huhu.. you know what? semester ni fatin punya jadual alahai tersangat lah pack ok.. tak de ke ruang nak rehat? hahaha.. ada je lah. fatin saja atur jadual kuliah dan tutorial hari isnin hingga khamis. so jumaat fatin kosongkan jadual fatin so dalam seminggu tu 3 hari lah fatin cuti.. tapiii... fatin kerja part time pula hujung minggu tu untuk dapat wang saku.. maklumlah semester ni memang duit banyak keluar lah.. lain dengan Mikroteaching, nak buat poster untuk project kitaorang, nak keluar pergi field trip.. duit .. duit.. duit.. semua memang kena guna duit. nak save duit untuk makan. tapi duit saving untuk makan tu diguna pulak dah untuk bayar keperluan itu ini.. nasib seorang pelajar.. fatin just nak berdikari sendiri tak nak susahkan ibubapa.. lagipun fatin ramai adik beradik so biarlah adik fatin yang kecil-kecil tu dilebihkan segala kepeluan mereka.. fatin dah biasa berdikari sendiri pun.. cari wang saku sendiri.. lagi puas hati okay.. hehe.. 

*
*
*
fatin nak cerita pasal pengalaman fatin masuk tingkatan 6 ni especially pada adik-adik kita yang baru ja dapat keputusan SPM.. fatin nak ucap tahniah pada adik-adik yang berjaya dapat keputusan terbaik.. dan yang tak seberapa cemerlang keputusannya jangan mengalah.. fatin dulu pun tak lah bagus sangat keputusan semasa SPM.. tapi see?? fatin berjaya juga capai cita-cita fatin nak jadi Pendidik.. walaupun dulu nak jadi Cikgu Matematik, tapiii sekarang fatin tak lama lagi jadi Cikgu Sejarah-Geografi.. lihat tu. rezeki Allah.. kita tak jangka kan.. 

Dulu fatin pernah rasa down sangat sebab result SPM fatin tak seperti yang fatin harapkan.. nak masuk Institut Perguruan pun rasa tak layak.. apply itu ini tak dapat.. terpadam lah impian fatin kat sana. Tapiii.. Allah kan adil.. Alhamdulilah Allah bagi fatin rezeki dapat tawaran masuk tingkatan 6.. maklumlah batch fatin juga la yang pertama kali rasmikan sistem baru tingkatan 6 iaitu sistem berpenggal.. firstly, memang ramai juga lah yang pandang rendah dengan pilihan fatin ni.. even guru-guru kita pun kata "buat apa nak masuk form 6? buang masa je" ... tapi ada juga lah bagi pandangan positif.. terutama family fatin. mereka bagi motivasi pada fatin supaya teruskan saja pengajian form 6 ni.. fatin pun mendengar lah sebab fatin tahu pilihan keluarga yang terbaik.. 

*
*
*
memandangkan kita orang batch pertama dalam sistem baru tingkatan enam tu kan, rasa pelik juga lah dan kadang-kadang rasa annoying sebab masih tak faham dengan kurikulum baru tu.. hahah.. tapi selepas dapat pengalaman manis pahit pada penggal 1 tingkatan 6 baru lah fatin tahu bagaimana sukarnya nak struggle untuk form 6 ni.. sebab kan kitaorang study macam lebih kurang 3-4 bulan gitu dah tu exam pulak .. macam STPM sebenar lah.. alahai memang pun kan STPM sebenar.. hahaha.. 

so, setelah struggle habis-habisan selama 3 penggal dalam form 6 tu, akhirnya fatin bebas lah dari sekolah menangah,dan bila dapat final result lega rasanya walaupun fatin ada repeat satu subjek iaitu subjek economic.. hehe.. biasa lah..lemah math kot.. hehe.. tapi masih boleh lah mengira dengan betul lah juga.. hehe..

*
*
*
hmmm... jangan lah fikir yang form 6 ni tak baik ye.. lihat lah kakak-kakak korang yang dah lama makan garam ni. cehh. haha.. serius lahh.. memang betul pun.. bukannya apa fatin nak bandingkan.. kadang-kadang orang yang kita lihat macam tiada harapan untuk maju sebab selalu gagal ni, sebenarnya orang tu lah yang sedang maju .. fatin tak sangka bila fatin masuk kat U ni, fatin jumpa juga rakan-rakan satu sekolah fatin yang dulu kiranya berada di kelas tercorot.. dan tak semestinya orang yang selalu berada diatas tu akan selamanya berada di atas.. dalam hidup ni, memang normal kalau kadang kita jatuh, dan kadang kita berada di atas dan tu semua berkat pertolongan dan rezeki yang Allah beri pada kita semua.. so kena bersykur k..

*
*
*

Mesti korang tertanya-tanya kan di mana lah nak pergi lepas SPM? hah .. jangan risau ..fatin listkan ye mana-mana yang adik-adik nak apply.. sama ada nak ambil diploma ke, nak masuk asasi ke atau maybe form 6??


** Permohonan masuk tingkatan 6
** Permohonan UPU 
** Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 

okay setakat ni je yg fatin dah cari link yang mungkin available buat masa ni.. so korang usaha la ye nak apply semua tu.. hehe.. semoga berjaya k.. fatin nak sambung buat kerja dulu.. papaiii...