Sunday, 29 December 2013

10 Jenis Makanan Kurangkan Kolestrol

Apakah itu KOLESTROL? 

Kolestrol adalah metabolit yang mengandungi lemak sterol (waxy steroid) yang ditemui pada membran sel dan diedarkan dalam plasma darah. Kolestrol bersifat lembut, berminyak dan tidak berbau. Ia terdapat dalam setiap bahagian di dalam otak, sistem saraf, kulit, hati, usus, limpa dan hormon seks. Kolestrol diperlukan dalam proses biologi dalam badan namun begitu ia tidak boleh hadir dalam jumlah yang terlalu banyak. 

Kolestrol dihasilkan dalam badan oleh hati dengan jumlah di antara 800-1000mg sehari. Kolestrol juga merupakan salah satu bahan yang menjadi punca kepada penyakit jantung. Apabila tahap kolestrol menjadi tinggi di dalam darah, ia berpotensi untuk melekat pada dinding saluran darah. Apabila ini terjadi, saluran darah akan menyempit dan tersumbat. Proses ini dipanggil atherosclerosis.

Bagi mengatasi masalah ini, kita hendaklah mengamalkan pemakan yang seimbang terutamanya dalam pengambilan lemak. 
Perkara pertama untuk mendapatkan diet jantung sihat ialah dengan mengurangkan pengambilan lemak 'tidak baik' terutamanya lemak tepu dan lemak trans. 



Anda mungkin perlu untuk memperbaiki diet anda dan menambah pengambilan makanan khas untuk membantu mengurangkan kolestrol. Berikut disenaraikan 10 jenis makanan untuk membantu mengurangkan kolestrol. 

Amalkan Pmakanan Ini :

1. Epal
2. Kekacang
3. Beras perang 
4. Kulit kayu manis
5. Bawang putih
6. Anggur
7. Oat
8. Ikan Salmon
9. Produk soya
10. Walnut

Sayangi lah jantung kita 

No comments: