Sunday, 29 December 2013

Kenali Makanan Pembersih Hati




Acap kali organ hati sering di abaikan penjagaannya sedangkan ia menjalankan "kerja-kerja" yang berat selain bertanggungjawab memastikan 500 fungsi berbezanya ke atas tubuh berlangsung dengan baik,

Antara tugas yang perlu dilakukan ialah dengan mengeluarkan toksin dari tubuh, menyimpan vitamin-vitamin tertentu, mengawal kolestrol, metabolisme pada lemak serta mengatur perjalanan hormon. Jadi boleh dikatakan hampir setiap hari organ ini pasti berhadapan dengan racun-racun yang membahayakan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda seorang perokok tegar dan penggemar alkohol. 

Sama ada suka atau tidak, bantulah membersihkan organ hati dengan memperbanyakkan makanan-makanan berikut : 

✔ Air Limau Susu
Jadikan air putih sebagai teman setia anda. Sesekali boleh juga di campurkan dengan perahan jus limau susu ke dalamnya bagi mengeluarkan sisa-sisa racun melalui usus dan urin. Pada masa yang sama , ia merangsang organ hati ke atas hempedu bagi menyingkirkan toksik yang membahayakan. 

✔ Khasiat Bawang 
  Tahukah anda bahawa bawang merah dan bawang putih mengandungi phytonutrient yang berupaya memecah lemak-lemak yang tersimpan di dalam tubuh. Bukan setakat itu sahaja, ia juga dikatakan boleh menyembuhkan dan membunuh virus bakteria sekali gus melindungi dari terkena serangan jantung. 

✔ Ambil Vitamin C
Kaedah terbaik menambahkan kekurangan nutrisi dan membersihkan hati adalah dengan mengambil vitamin C. Bantulah ia dengan ekstrak gluthathione agar kesihatan sentiasa berada di tahap seimbang. 

✔ Teh bunga dandelion 
Kajian yang dilakukan oleh Australian Journal of Medical Herbalism menemui zat yang terkandung dalam akar dandeliom dikatakan mampu melancarkan perjalanan sel di bahagian hati. Dengan mengamalkan minuman teh dandelion secara teratur atau mengambil tambahan vitamin yang mengandungi dandelion 200-500 mg sehari , organ hati mampu dipelihara dan menjalankan tugasnya walaupun dengan bebanan kerja yang berat. 

ღ Sekian 

No comments: