Friday, 27 December 2013

Kenali Pasangan Anda

Assalamualaikum w.b.t dan selamat malam kepada semuanya.. hah sedang buat apa tu? hehe.. well well well ...tonight i want to share something to you and this is about your sweetheart..hahahah.. joking3x..
sebenarnya fatin nak share sedikit tentang perwatakan lelaki ni.. bukan fatin reka-reka je benda ni tapi ni haa sedang baca artikel tentang dunia lelaki.. opsssss!!!! Lelaki2 di luar sana minta maaf je la ye tapi info ni nampaknya khas untuk kaum Adam juga so mari kita baca ni.. 


nampak tak gambar lelaki hensem dekat atas tuh? haaa tu lah boyfriend fatin..lalalalla..jeles ke? hahaha.. gurau je la.. hehe..

Para wanita2 di luar sana awak semua tahu tak BAHASA BADAN LELAKI BERI LEBIH MAKNA DARIPADA KATA-KATA? 
Mengenali dan memahami lelaki sebenarnya tidak sukar kerana melalui gerak gaya mereka kita dah boleh tahu dah pasangan anda tu jenis yang mana satu.. Pada lelaki tingkah laku dan pergerakan lebih bermakna daripada kata-kata terutamanya apabila dia sedang berbual dengan wanita lain.. 

Wahai wanita di luar sana,  kenali dahulu ciri lelaki idaman melalui pergerakan dan tingkah lakunya. tidak perlu percaya sepenuhnya tapi tidak salah jika berhati-hati kan..

Perwatakan Lelaki Seperti ini:

1. Anggukkan kepala 

Apabila lelaki menganggukkan kepalanya ketika sedang berbual-bual dengan anda membuktikan lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga jenis yang ringan tulang membantu dan ada di samping anda apabila diperlukan. 

2. Dekatkan Badan

Lelaki yang suka mendekatkan badannya dengan diri anda apabila sedang berbual adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

3. Merenung

Lelaki ini adalah jenis lelaki yang suka memita-minta kerana dia mahu mengetahui apa yang boleh anda tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan , persahabatan atau cinta.

4. Mengerakkan tangan dan badan

Lelaki ini memberangsangkan, bertanggungjawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Mereka beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta. Oleh itu, pergerakkan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

5. Suka berdiri

Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan pantang megalah.

6. Memandang mata 

Ini adalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.

7. Meniru gerak

Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah dibawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.


So, pasangan anda tu jenis yang mana satu? Just leave a comment okay.. alahai penyibuk betul si Fatin ini..hahahaha.. joking.. Artikel ini hanya perkongsian sahaja.. tidak semestinya kita boleh tahu perwatakan si dia hanya dengan gerak tubuhnya.. ini semua hanyalah kajian sahaja.. tapi kadang2 ada juga yang betul.. hanya diri anda sendiri yang lebih mengenali diri pasangan anda.. so keep it up.. SMILE~





2 comments:

AiSyA LiEzA said...

heheh... sy xda pasangan lagi..ngee... :)

fatin syaherah said...

he will come soon,dont worry k. .hehe. .mungkin belum sampai masanya lg. .