Saturday, 28 December 2013

Sifat-sifat Cinta

Assalamualaikum.. coming back here.. thanks for wasting time just to read my post.. okay this evening i have an idea to post something.. this is about LOVE.. 
Apakah itu CINTA? Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Tetapi anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Cinta mempunyai pelbagai sifat.. CINTA itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Itulah cinta sebenar cinta =) hehe.. 


Sifat-sifat cinta dikategorikan sebagai : 

Cinta Bersedia

=> Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Allah menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkogsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk di pertanggungjawabkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada cinta yang dicintai. 

Cinta Indah

=> Walaupun kewujudan cinta tidak boleh dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulen dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik tapi suci murni, bercahaya, gemerlap dan putih bersih. 

Cinta wujud sejak dilahirkan 

=> Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cita bermula dari cinta belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Allah. Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar itu suci murni serta putih bersih. 

Cinta itu hidup

=> Cinta adalah ibarat bunga, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cita itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati. Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta itu suci

=> Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan ia tidak berdosa. 

itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan sinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa. 
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicitai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Jadi apakah nilai cinta anda? 

No comments: