Sunday, 29 December 2013

Tanda-tanda Lelaki Jatuh Cinta

Assalamualaikum..hoho..entry kali ni mengisahkan tentang tips-tips bagaimana nak tahu sama ada lelaki tu sedang jatuh cinta atau tidak.. nak tahu? jom cek sini.. heheheheheh...




Tanda-tanda lelaki jatuh cinta:

Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi org yang kuat bercakap.

Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyanyangi kekasihnya.

Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri-sendiri.

Adakalanya dia seperti anak kecil yag meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

Dia cuba meluangkan lebih masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

Dia membanggakan kekasihnya di hadapan orang lain.

Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 

Dia sentiasa memastikan kesalamatan kekasihnya.

Apabila timbul orang ketiga , dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 

Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan..

p/s : Ingat perepmuan saja yang perlu dihargai? Lelaki juga hendaklah di hargai.. :')

No comments: