Monday, 27 July 2015

Ranau EarthQuake

Huhaii.. fellas im backk.. before that.. please help me to click all the links below :
My Savings I
My Savings II
My Saving III
My Saving IV
done clicks?? hoho.. thanks so much fellas.. you click mine then i'll click your's back.. hehe.. 
****
Hari ni fatin nak share tentang gempa bumi yang berlaku kat Ranau semalam.. tidak lain tidak bukan, daerah Fatin sendiri.. masa tu fatin sedang tengok tv selepas siap online malam semalam.. tidak lama kemudian, dalam jam 12:10 pagi macam tu... Ya Allah kuatnya gegaran tu.. terasa jantung bagai nak jatuh.. hal yang paling menambahkan kekalutan waktu tu, bila fatin, depan mata sendiri.. ruang tamu atas kitaorang tu bergerak kiri ke kanan sebanyak 2 kali.. masa tu dah tak ingat benda lain dah.. kerusi yang tempat fatin duduk tu pun kat bawahnya terasa betul bunyi tanah seolah-olah tanah tu sedang bergelut sesama sendiri.. memang dahsyat sangat kekuatan gempa tu semalam.. sebab sebelum ni fatin rasa juga gegaran tu yang pertama kali.. kat UMS.. time tu fatin tak ada kat Ranau.. so, maybe rasa gegaran kat ums dan kat Ranau ni berbeza sangat.. gegaran pertama yang berlaku adalah 6.2 skala ritcher.. kuat sangat kan? dalam bangunan tinggi tingkat 3 tu rasa berderau darah fatin bila pertama kali berhadapan dengan situasi macam tu.. 
So, fatin rasa gegaran kat Ranau time tu lebih kuat.. sedangkan jam 12:10 pagi tadi tu pun dianggarkan gegaran susulan tu berlaku lebih kurang 4.7 skala ritcher sahaja tapi tu dah cukup buat jantung fatin gugur.. huh.. dan sekarang baru fatin sedar, ketakutan penduduk Ranau terutamanya memang pada waktu tu dalam situasi yg sangat bahaya... fatin pun tak tahu nak explain..ingatkan gempa bumi tu dah tak ada dah.. tapi Allah lebih tahu segalanya.. mungkin ia adalah satu amaran kepada kita semua.. semoga di jauhkan daripada benda yang tidak baik.. 
 
KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 12.10 tengah malam tadi. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer ke Barat Laut Ranau. "Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.


Semoga semuanya dalam keadaan selamat.. Aminn.. 


 

Sunday, 26 July 2015

Random Post

haii?? blogwalking over here?? hehe.. same time with me.. the owner is here right now.. hehe.. well, sementara tu.. boleh tolong fatin tak?? hehe.. simple je .. tolong klik link ni semua ye..

Tabung Pelajaran Fatin part I
Tabung Pelajaran Fatin part II
Tabung Pelajaran Fatin part III

Dah klik?? hehe. makasi.. korang memang reader(s) Fatin yang sangat setia.. hehe.. bantu membantu amalan mulia.. tu sebenarnya tabung kawin ehh sory salah.. tabung pendidikan Fatin.. haha. . side income Fatin je tu.. huh.. fikir pasal duit ni memang buat kepala jadi pening.. orang kata duit bukan segalanya.. huh.. susah juga nak cakap kan?? sekarang ni semuanya perlu duit.. nak sambung sekolah, sara diri, memang tak boleh survive lah kalau duit tak ada ni,, hmm.. graduan macam Fatin ni yg sememangnya memerlukan duit yg banyak untuk bayar yuran setiap semester, lain dengan duit poket lagi.. perghh.. memang mencabar lah hidup jadi pelajar Universiti ni, . alamatnya makan meggi je lah setiap hari.. tak baik juga asyik menjamah meggi sebab hah memang lah tak baik utk kesihatan .. adoii.. nak buat macam mana lagi.. terpaksa berjimat.. Fatin bukannya orang senang . . inshaallah suatu hari nanti Fatin boleh buktikan usaha Fatin semuanya tak sia-sia.. bak kata pepatah "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian" . . hidup tak semestinya senang .. yang senang tak selamanya senang dan yang susah tak semestinya susah selamanya.. but it depends on your own effort.. betul tidak?? 

***
hehe.. so maybe tu je dulu post Fatin ye.. just a short entry and will come back again for new sharing idea.. just wait for me and keep in touch.. ching~

Monday, 20 July 2015

Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin


Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin dari Fatin yaa.. soryy late wish.. busy dengan kerja masing-masing.. maklumlah raya kan.. so far? Raya korang macam mana? best tak? kalau Fatin, emm.. macam mana ya?? hihi.. actually sejak umur semakin meningkat ni, suasana Raya macam dah tak semeriah dulu masa zaman budak-budak.. kalau zaman Fatin kecik-kecik dulu, memang suasana Raya tu lah yang paling dinanti-nanti.. sebab best sangat.. main ja ingat.. tak perlu bantu kat dapur, tak perlu layan tetamu.. bila balik kampung, main mercun dengan cousin.. malam sebelum raya pertama tu lah yang best sangat.. sepupu-sepupu Fatin semuanya balik kat kampung.. dulu time kecik-kecik family fatin selalu balik kat kampung sebelah bapa kat Tambunan.. memang best sangat raya time tu,.. malam sebelum raya pertama tu masak lemang.. wahh.. begitu juga dengan raya kat kampung sebelah mama.. best tu memang sangat best.. masa tu ada dua orang lagi aunty fatin yang belum kawin dan kami memang rapat dengan mereka,, di mana-mana nak pergi mesti dibawa.. even nak mercun pun di belikan.. haha.. tapi suasana meriah tu dah berakhir lah.. huhu.. sebab apa? sebab dah tak bebas lagi macam budak-budak.. tu sebab kita kena hargai setiap detik yang berlaku dalam hidup kita.. bila dah tua, kenangan zaman muda tu juga yang akan dirindui, hehe.. 

**** 
hmm.. setakat ni fatin tak buat open house lagi.. sepatutnya raya ke-3 family fatin buat open house.. tapi sebab ada masalah air, so tak jadi nak buat.. sejak gempa bumi yang melanda Ranau bulan lepas, memang stuck habis semua kerja.. air paip tak ada.. so raya tahun ni, kitaorang buat ala kadar ja.. hehe.. tapi yang penting dapat beraya dengan family.. 

so far, raya tahun ni fatin dah round 5 buah rumah dah.. haha.. raya pertama dan kedua.. tu ja.. fatin ni memang terkenal dengan sifat suka berkurung kat rumah.. susah sangat nak bawa pergi mana-mana majlis.. pemalas nak jalan.. fatin memang tak suka jalan-jalan.. memang fatin suka stay kat rumah.. bukannya apa.. asal kena panas sikit ja, jalan jauh sikit ja, mula la datang migrain fatin.. selalu fatin sakit migrain 5-6 hari baru sembuh.. tu sebab fatin lebih suka stay kat rumah.. hehe.. 

****



p/s : jangan makan sangat kuih raya.. nanti sakit perut.. hehe.. 

ok lah.. setakat ni ja entry fatin untuk hari ni yaa.. see you again reader(s).. jangan lupa kongsikan moment raya anda semua.. hehe... mesti best kan? hoho.. 

jumpa lag di entry seterusnya.. Assalamualaikum :)