Monday, 27 July 2015

Ranau EarthQuake

Huhaii.. fellas im backk.. before that.. please help me to click all the links below :
My Savings I
My Savings II
My Saving III
My Saving IV
done clicks?? hoho.. thanks so much fellas.. you click mine then i'll click your's back.. hehe.. 
****
Hari ni fatin nak share tentang gempa bumi yang berlaku kat Ranau semalam.. tidak lain tidak bukan, daerah Fatin sendiri.. masa tu fatin sedang tengok tv selepas siap online malam semalam.. tidak lama kemudian, dalam jam 12:10 pagi macam tu... Ya Allah kuatnya gegaran tu.. terasa jantung bagai nak jatuh.. hal yang paling menambahkan kekalutan waktu tu, bila fatin, depan mata sendiri.. ruang tamu atas kitaorang tu bergerak kiri ke kanan sebanyak 2 kali.. masa tu dah tak ingat benda lain dah.. kerusi yang tempat fatin duduk tu pun kat bawahnya terasa betul bunyi tanah seolah-olah tanah tu sedang bergelut sesama sendiri.. memang dahsyat sangat kekuatan gempa tu semalam.. sebab sebelum ni fatin rasa juga gegaran tu yang pertama kali.. kat UMS.. time tu fatin tak ada kat Ranau.. so, maybe rasa gegaran kat ums dan kat Ranau ni berbeza sangat.. gegaran pertama yang berlaku adalah 6.2 skala ritcher.. kuat sangat kan? dalam bangunan tinggi tingkat 3 tu rasa berderau darah fatin bila pertama kali berhadapan dengan situasi macam tu.. 
So, fatin rasa gegaran kat Ranau time tu lebih kuat.. sedangkan jam 12:10 pagi tadi tu pun dianggarkan gegaran susulan tu berlaku lebih kurang 4.7 skala ritcher sahaja tapi tu dah cukup buat jantung fatin gugur.. huh.. dan sekarang baru fatin sedar, ketakutan penduduk Ranau terutamanya memang pada waktu tu dalam situasi yg sangat bahaya... fatin pun tak tahu nak explain..ingatkan gempa bumi tu dah tak ada dah.. tapi Allah lebih tahu segalanya.. mungkin ia adalah satu amaran kepada kita semua.. semoga di jauhkan daripada benda yang tidak baik.. 
 
KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi lemah berukuran 4.7 pada skala Richter berlaku di Ranau, Sabah pada jam 12.10 tengah malam tadi. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 6.1 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, 16 kilometer ke Barat Laut Ranau. "Gegaran akibat gempa bumi itu turut dirasai di (kawasan lain di) Sabah," menurut kenyataan itu.


Semoga semuanya dalam keadaan selamat.. Aminn.. 


 

No comments: