Monday, 31 August 2015

Souvenirs dari Europe Giveaway Contest

wah aktif sangat nak create new entry hari ni.. maklumlah sangat free, free dan free.. hoho.. actually, fatin telah dijemput untuk menyertai satu contest dari akak comel kita ni iaitu Jindrisska hoho.. siapa yang tak nak souvenirs dari luar negara kan? hahaha.. maklumlah fatin belum pernah menang lagi mana-mana contest yang fatin pernah join sebelum ni.. so nak try la contest kakak kita sorang ni.. kot2 dia bermurah hati nak fatin jadi pemenang terpilih.. hahaha (angan2 lebih kot)..

"Souvenirs dari Europe Giveway Contest"

ahemm.. sebelum tu fatin nak cerita sikit. fatin rasa sangat jealous lah dengan orang yang dah banyak pengalaman travelling ni.. fatin tak pernah travel mana2 tempat lagi *berhuhu sama2 kalau ada yang senasib dengan fatin" .. alasan utama ialah fatin masih student dan duit belum ada nak travel ke destinasi impian fatin.. korang nak tau tak?? hehe.. *perlu juga bagi tau? ish3" kalau fatin dah kumpul banyak duit, tempat pertama fatin nak pergi ialah Mekah.. kalau tak pun fatin akan dahulukan ibubapa fatin naik haji.. inshaallah.. besarnya impian. hanya mampu merancang tapi Allah lebih mengetahui.. huhu..

*
*
*
back to the topic.. korang rasa apa ya souvenirs yang kak Jindrisska kita nak bagi eh? tertanya2 pula.. hahaha.. tak sabarnyee.. korang yang nak join hah jom click banner ni beramai2.. mana tau anda adalah pemenang bertuah??


tapi korang kena ikut syarat2 contest ni tau.. kalau tak cukup syarat berhuhu lah sambil tengok pemenangnya ,, hahah.. just kidding...

*
*
*
nak tengok apa syarat? click banner kat atas tu dan anda akan faham bagaimana nak sertai contest ini.. souvenirsnya pula adalah pelbagai yang didapati dari beberapa tempat yang berbeza.. untug lah kak dapat melawat negara orang jauh2 nun di sana.. mesti best sesangat kan?? jelous lah.. haha..

eh tak boleh jelous2.. belajar rajin-rajin, dah dapat banyak savings nanti boleh lah tunaikan impian tu.. tawakal sahaja.. hehe.. 

sekali lagi fatin nak bawa korang semua join ni ye.. rugi dan menyesal tak join nanti due date dah abis, hahahaha je lah.. hehe.. amboii..banyak sangat gelaknya.. waduh.. ok lah fatin stop kat sini lah.. kalau tak stop, merapu banyak2 korang baca panjang2 nanti mata pun dah tak tentu hala kemana nak perginya kiri kanan kiri kanan.. so that's all.. see ya in da next entry ..

~Salam Maghrib~

Assalamualaikum..

Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman

Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-58 seluruh Malaysia.. Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!! Fatin tak nak sentuh banyak soal politik ni.. so just keep quite and smile.. hoho..
oh lupa pula.. hari ni birthday adik fatin lah pula.. tapi kita memang jarang celebrate birthday sebab tak wajib pun kan .. so just wish je la doa yang baik2.. hehe..
Happy Birthday my little brother Aiman Hariz !! 31-08-2015 !!
*
*
*
ada tak adik2 junior yang bakal masuk mendaftar kat Universiti esok? Fatin rasa kalau pendaftaran pelajar baru untuk Universiti Malaysia Sabah akan dibuka pada hari esok.. 1 September 2015 sesi 2015/2016.. so fatin nak ucapkan Tahniah kepada adik2, kakak2, abang2 yang berjaya mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi ya.. all da best selama bergelar student IPT.. hahaha..
mungkin ada adik2 junior yang risau tentang kos perbelanjaan yang tinggi.. yuran pengajian, yuran asrama, sara diri..bagi kita yang datang dari keluarga yang tidak berkemampuan boleh lah try memohon mana-mana biasiswa ye.. yang penting isi je.. dapat tak dapat belakang kira yang penting kita usaha ..
yang fatin nak share kat korang ni adalah mengenai Bantuan Pelajaran Tunku Abdul Rahman.. permohonan ni dah dibuka dan fatin pun baru nak mohon sebab time first year kurang pengetahuan mengenai bantuan pelajaran ni.. tak salah share info penting.. 




Syarat-syarat permohonan :

  • Warganegara Malaysia
  • Pelajar berdaftar sepenuh masa dalam sebarang pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan
  • Berlatarbelakang keluarga miskin
  • Pemohon yang sedang menerima bantuan kewangan (pinjaman) masih layak memohon
Tarikh permohonan dibuka : 01 September 2015

Tarikh permohonan ditutup : 30 September 2015


junior2 yang nak mohon bantuan pelajaran ni boleh terus masuk link yang fatin underline kat atas tu ya atau just click gambar tu.. :)) semoga permohonan kita diluluskan.. 

yang dapat masuk UMS tu, fatin ucapkan Tahniah sekali lagi ^^ selamat menempuhi MSM yang super duper fantastic, amazing, awesome dan of cos memang penat lah seminggu.. hahaha.. rajin-rajin lah nasihat diri tu supaya tak selalu ke wanbe (one borneo) haaa.. tu la lokasi utama kalau kelas cancel.. berjimat cermat amalan muli.. wahaha :))

sekian dan papaii~


Sunday, 30 August 2015

I need part time job

selamat malam semuanya.. dah abis tengok af2015 ker? hehe.. fatin tak tengok pun.. huhu.. melepak kat facebook, twitter, dan blog. apalah sangat nak dibuat dengan rutin harian yang sangat membosankan setiap hari? 

suddenly, i miss my campus.. huh, even i hate it before, and always.. but sometimes im gonna miss my classmate, my lecturer and whatsoever that is all about "studies".. semester break is almost over yet i still not packing my stuff.. it is too early you know.. haha.. oh i forget, that my dad couldn't send me back to the hostel as he told me before.. uwaa.. i just wanna cry... just be independent girl.. what about my stuff? my luggage? is there any handsome guys will help me bring my things i mean it's quiet heavy you know.. hahah.. well girls matter.. only girls will understand about this.. so you guys, stop complaining.. 

okey.. stop about it.. just forget about new semester for a while and spend your holiday wisely so that you'll never be "homesick" at the hostel.. chinggg ^^


sebenarnya, sebelum bermulanya cuti semester ni, fatin dah plan nak buat kerja part time.. susahnya hidup jadi penganggur yang masih belum berjaya ni... hehe.. at least ni, bila kita menganggur adalah juga kerja part time kan.. tapi ni fatin langsung tak ada pengalaman sekalipun untuk kerja part time.. huh.. memang nak cari kerja even kerja part time memang susah ke? fatin dah usaha cari kerja sambilan masa cuti ni tapi langsung tak dapat.. hoho.. sedihnya.. mengapa mesti full time kerja? sedihnya..sudahlah makan minum kat rumah ibubapa tanggung.. well, im a little bit shy ok.. malu asyik hidup bergantung dengan orang tua.. dah 21 tahun dah weii.. tak ke memalukan tu? cuma yang susah sekarang tu je la.. nak dapat kerja..memang mencabar hidup zaman ni. perlu pengorbanan yang bukan calang2.. sampai bila nak hidup goyang kaki kan.. hemmm...

fatin rasa fatin nak buat kerja part time kalau dah start semester III ni.. mujurlah UMS tu dekat dengan shopping mall 1B je.. mustahil tak ada kerja part time kat 1B tu kan. fatin nak try juga.. nak kumpul duit sendiri.. memang bila kau jadi student ni, kau perlu usaha sikit.. lain lah kalau kau sepenuhnya bergantung dengan kemewahan yang ada pada ibubapa.. fatin ni memang orang susah pun.. nak bangkit dari kesusahan tu bukannya senang.. perlu semangat yang kuat.. that is why i need part time job so badly, tak juga nanti meminta2 kat ibubapa.. 
nak kerja every weekend je lah. tapi ada ke tak yang nak ambil kerja kalau hujung minggu je? fatin rasa ada kot.. peduli lah classmate fatin tu nampak fatin kerja kat mall tu.. patut malu kalau bermewah2 guna duit ibubapa.. yang bukan duit usaha titik peluh kau sendiri.. betul tidak? hehe.. 
fatin berharap lah snagat jadual tak padat.. even memang memenatkan kerja sambil belajar, tapi hidup kena teruskan.. sejauh mana kita sabar, inshaallah, akan ada kesenangan yang datang..

*
*
*
selain tu, korang rasa kalau fatin nak buat bisnes online tu berbaloi ke juga ye? sebab fatin selalu buat sale on9 hasil dari dropship yang fatin buat .. tu lain kira la tak payah nak post barang.. fatin nak buat perniagaan online sendiri... fatin rancang nak jual tudung dulu.. berbaloi ke korang rasa? fatin tak yakin.. fatin dah plan nak borong tudung dan jual pada kawan2 kat U, dan customer area Sabah terutamanya.. hmmm.. risau pula nak borong awal kalau tak yakin.. kena perlu atur strategi.. fatin ni lack sangat dengan strategi.. hehe.. huh.. confuse nya.. inshaallah,, nak fikir dulu..memang fatin suka sangat buat bisnes tapi belum ada rezeki.. so start dari bawah je la.. huhu.. 

okey lah,, lewat dah.. time to sleep ^^ jumpa lagi entry lain ye.. sorry la blog fatin memang lebih kepada personal blog.. so harap korang tak jemu nak baca ye.. sudi2 lah follow blog fatin k.. nanti fati akan follow balik uolss semua .. tataa for now :)



Saturday, 29 August 2015

Feeling confuse T_T

huh.. lebatnya hujan petang ni.. eh baru kemarin fatin post pasal "gegaran last bulan lepas, dan berharap tidak ada gegaran susulan lagi" .. tetapi, Allah lebih mengetahui segalanya.. semalam at around 7 o'clock gitu la kalau fatin tak silap.. rumah seakan2 bergoyang .. tapi fatin tak peduli pun sebab maklumlah rumah fatin memang ramai budak2 kecil .. bila berlari2 kat atas rumah memang begoyang habis lah rumah ni.. bila cek facebook, nampak post kawan2 tentang gegaran susulan kat Ranau tadi.. tapi kenapa fatin tak rasa ya? hahahah.. maybe sebab ingat budak2 berlari kot.. heh.. lupakan je lah.. apa yang penting doakan la keselamatan kitaorang kat Sabah ye.. semoga di jauhkan dari perkara yang tidak baik.. sebarkan aura positif.. hehe.. 

jom kita berthrowback .. fatin nak throwback gambar fatin time first year semester II kat UMS.. hahaha.. perlu juga ke? 

*
*


jeng-jeng.. haha.. lepas graduate nanti Fatin akan jadi Cikgu .. semoga semuanya berjalan dengan lancar.. -sebarkan aura positif- wuuwuu.. sebab apa? emm sebab tak semestinya kita yang ada degree ni sudah tentu dapat kerja.. tu yang fatin risau sangat... dulu dah dua kali dapat tawaran SPA8 tu... fatin dapat Jururawat dan Medical Assistance.. fatin confuse nak pergi ke tak nak sebab masa tu fatin dah nak graduate dah untuk form 6.. selangkah ke menara gading so memang fatin bingung sangat time tu..

maklumlah juga fatin ni memang tak suka kos perubatan.. fatin tak tau lah kenapa..bagi fatin, jadi student medic ni kena tempuhi pelbagai cabaran.. fuhh.. even nak jejakkan kaki ke hospital pun fatin tak sanggup. kadang sakit fatin diam sebab tak nak ke hospital.. hehe.. bukan fatin nak memilih sangat tapi fatin memang tak boleh fokus study kalau kos yang fatin ambil tu fatin tak suka.. ikutkan gerak hati sendiri kan? nanti menyesal tak boleh diundur lagi.. sob sob..

dari dulu, sejak fatin umur 5 tahun lagi (ha jangan sangka budak 5 tahun tak ada cita2, haha) fatin dah berazam nak jadi cikgu...fatin memang suka sangat mengajar budak-budak kecil ni khususnya budak-budak tadika.. comel je fatin tengok.. 
lepas tamat form6, fatin apply kos pendidikan.. fatin percaya Allah dah aturkan jalan yang terbaik untuk fatin, Alhamdulilah.. segala usaha fatin tak sia-sia bila dapat tawaran kos yang memang bidang fatin nak ceburi sejak kecil iaitu bidang Pendidikan.. 

Start masuk kat Universiti Malaysia Sabah, memang fatin rasa janggal sedikit sebab fatin masih tak faham dengan sistem pemarkahan, pencapaian dan penawaran kursus.. fatin agak confuse juga "eh keluar U nanti nak jd guru apa lah?" haha.. tu fatin selalu fikirkan.. sebab time isi UPU hari tu pun Fatin apply Pendidikan Dengan Sains Sosial.. fatin apply je.. fatin tak tau pun nanti subjek apa yang fatin akan study.. masuk je UMS baru lah fatin tau, yang fatin major subjek Sejarah dan minor subjek Geografi.. 

sebelum tu, semester 1 kitaorang belum ada pemilihan major dan minor lagi.. semester II baru lah penentuan major/minor.. sem III ni dah confirm dah fatin akan ambil major sejarah.. hoho.. lagi sedih, fakulti kitaorang tak ada pengambilan junior .. 2tahun akan datang baru buka penawaran untuk kos pendidikan sains sosial .. mengapakah?? memang lambakan guru meh sekarang?? sedihh -sebarkan aura positif-

fatin memang tak suka sejarah mahupun geografi.. sejak dulu, fatin nak jadi guru sains or matematik.. tapi rezeki Allah tu luas sangat.. biarlah Allah yang tentukan. kita sebagai hamba-Nya perlulah sentiasa bersyukur.. bukan senang nak dapat sambung degree.. ramai yang nak sambung degree tapi tak ada rezeki.. so fatin kenalah bersyukur.. tak boleh memilih sangat.. even fatin tak suka subjek fatin tapi biarlah redha je lah.. semoga fatin cepat2 jatuh cinta dengan Sejarah.. walaupun fatin tak suka politik.. tapi apa boleh buat.. kan? 

-apalah nanti anak murid akan tanya kat fatin ye? maybe mereka akan tanya soalan bonus kut.. mengapa Cikgu fatin kecil? arghh memang dari dulu fatin dah masak dengan soalan tu.. hahaha-

*
*
*
pasal result pula.. fatin rasa so far ok jer result first year.. minggu depan naik second year dah.. dah jadi senior lah pula ye.. hahaha.. tapi fatin rasa nak kurangkan tidur dah lepas ni.. huhu.. nasib pointer turun sikit je sem II.. amaran buat diri yang selalu leka.. hehe..harap semester III fatin jadi budak baik lah.. betul kata pensyarah fatin tu.. sem I memang belum keluar lagi tanduk tu.. sem II nah start dah tanduk tu keluar.. hahaha.. escape lect.. sehhh.. memang tak berbaloi langsung keluar duit beribu2 untuk tanggung kos pengajian kalau tak da usaha nak perbaiki diri.. mungkin fatin patut dikaunselingkan lah kali.. hehe.. tapi alangkah baiknya kalau kesedaran tu ada dalam diri kita.. 

*
*
*


Bakal-bakal pendidik sekolah menengah.. inshaallah .. all the best my classmate..

another 3 years to go.. then freedom.. tapi masih panjang perjalanan untuk melangkah ke alam pekerjaan.. kawan2 fatin yang masuk maktab selepas SPM maybe dah nak graduate dah tahun depan.. kawan-kawan fatin yang ambil medic pun tahun depan kerja tetap dah.. tu sebab fatin sebut sekali lagi.. Rezeki orang tak sama.. ada yang cepat ada yang lambat.. apa yang penting, tawakal mohon Allah permudahkan segala urusan.. hehe.. 

Notes :
walau banyak masalah yang menimpa.. jangan terlalu meratapi kesedihan tu.. senyumlah sebab setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. 

Tu je coretan untuk petang ni.. jumpa lagi entry seterusnya.. Assalamualaikum ^^


Friday, 28 August 2015

Khasiat Buah Lemon

huh.. panasnya hari ni kan?? hehe.. im sweating all the time.. waduhh.. usually my hometown is a little bit "chill".. hehe.. sorry for my vocabss.. yeahh.. i mean it alot.. selepas gempa bumi yang berlaku di daerah fatin iaitu Ranau, dan fatin kurang pasti bila kali terakhir gegaran tu berlaku, tapi apa yang pasti keadaan suhu di Ranau berubah secara drastik.. suhu semakin meningkat.. memang panas betul lah.. kalau time2 macam ni, sekarang jam menunjukkan 12:18 ptg sememangnya walaupun cuaca sini panas,tapi suhu tetap sederahana sejuk.. semuanya berubah .. sedih tu memang ada.. tak sesejuk dulu.. berhuhu la di rumah setiap hari dengan kipas..hehe..
*
*
*
back to the topic.. sebenarnya fatin nak share satu benda kat korang.. pasal khasiat yang terkandung dalam buah lemon ni.. maklumlah tadi google cari tips untuk hilangkan sakit kepala.. susah fatin nak explain sakit kepala fatin ni..fatin memang jarang ambil ubat-ubatan kalau sakit ni.. boleh dikatakan dalam setahun tu, belum tentu ada sebiji ubat yang ditelan.. fatin memang tak suka makan ubat.. lebih rela try ubat tradisional daripada telan ubat-ubat tu.. hehe..hmm.. cuaca panas ni buat fatin migraine.. masa meng"google" tu jumpa la satu artikel yang berkaitan dengan lemon.. so fatin rasa lebih berfaedah fatin share juga kat sini.. bukan semua orang rajin nak baca info berkaitan kesihatan ni,, so kalau nampak post ni, baca la ye.. hehe.. 
*
*
*
ada tak yang masih tak kenal buah lemon? hahahah.. just kidding lah.. budak umur 5 tahun pun dah kenal lemon apa lagi kita yang dah hidup bertahun-tahun ni.. 
menurut apa yang fatin baca mengenai Lemon ni, lemon sangat terkenal dengan khasiatnya iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat dan lemon juga dikatakan sebagai kuasa untuk boost immune system..Lemon juga bertindak sebagai "Ubat Kurus" kerana ia membantu dalam proses pencernaan dan pembersih hati..

Apakah kandungan yang terdapat dalam sebiji Lemon?? 

  • Asid Citric
  • Calcium
  • Magnesium
  • Vitamin C 
  • Bioflavonoids
  • Pectin
  • Limonene
ketujuh2 kandungan yang terdapat dalam sebiji Lemon ni mampu meningkatkan sistem imun kita dan dapat membantu melawan sebarang jangkitan.

Oleh itu, adalah lebih baik kita minum air lemon setiap pagi kerana ada 12 kebaikan yang tersembunyi disebalik si kuning yang comel ini..


Kebaikan dan faedah air lemon kepada kita :

  • Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  • Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan pembersihan yang baik kepada hati, buah pinggan dan darah. Secara umumnya hati bertindak untuk perkumuhan dan penapis. Apabila ianya dibersihkan maka kita akan lebih bertenaga dan bersemangat dalam melakukan sebarang kerja.
  • Minum air lemon pada waktu pagi juga membekalkan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh besifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  • Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
  • Air lemon membantu meningkatkan kesihatan kulit kerana lemon mengandungi vitamin C yang membantu memperbaiki kesihatan kulit. Lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
  • Lemon juga mempunyai sejenis flavonoid yang dipanggil Limonoid Glucosides. Kajian mendapati bahawa flavonoid yang ada dalam lemon mempunyai ciri-ciri karsinogik yang boleh membantu mengelakkan barah.
  • Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
  • Ciri-ciri antibakterian yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak.
  • Air lemon juga berupaya membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
  • Ada sumber yang menyatakan bahawa lemon dapat membantu membakar lemak dan membatu untuk kurus.
  • Air lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang boleh membantu mengurangkan bau badan.

sebenarnya Lemon ni mempunyai banyak khasiat yang mana masih terdapat masyarakat yang tidak mengetahui akan kandungan khasiatnya.. so bolehlah amalkan minum lemon tiap pagi.. inshaallah.. 

huh, lengan dan penat menaip so fatin stop kat sini dulu ye.. selamat membaca.. hoho..




~

Friday, 21 August 2015

Counting Days

cuaca yang baik hari ini.. apa khabar semuanya?? well, im back.. today im free.. free from everything.. nothing to do, and of course i just spending my time promoting my dropship because this is the only time i have since i was babysitting my little cousin while my aunt's goes to her school for teaching.. so today, my little cousin doesn't come here because maybe my aunt take care of them .. so it's time for me to rest..hehe.. it's ok.. 

*
*
*

it's 21th now.. so this means that i just only have another 15 days left spending my holiday at home.. huh, how's bad separating with family for a long time.. even, a month for me living far from my family is such a nightmare, i wonder how lonely i am without family.. when i come back to the hostel, sure i will miss our home.. but, this is the way i already choosed, so just keep my heart strong and patience because the only one who knows and understand me very well is only Him.. He absolutely will guide me in this short life.. i live my life is not to impress anyone.. I just want Him to blessed me for everything i did especially for my family.. i just an ordinary girl.. we just live in a simple life.. :-)

*
*
*

but..... im still not packing my stuff.. pity on me..my dad could not send me back to the hostel.. so i should be able to find a bus to Kota Kinabalu by my own self..huh.. this is absolutely makes me very tired..hahaha.. how lucky i am for this upcoming semester because of what?? haha.. now my dorm is in the ground floor.. so relaks..no stairs for one year.. it's must be good walking to the cafe 3 times in a day.. hahah..others interesting is you know what?? i already knew my roomate.. each room will have 4 person..exclude me, so i have 3 roomates.. two of them are my classmates, another one is still "mystery".. hoho.. i hope so, we can be a good roomate, family and friend.. hehe...still i miss my ex-roomate -Hana,Ipah,Yaya- i hope i will meet them again and makes a stupid jokes and crazy things together like we did it before.. will always remember them even we're not roomate anymore..

*
*
*

so that all for today fellas.. sory, i don't have any idea what to post about.. my mind is empty.. haha.. nothing interesting story about my life .. so then just read my post.. don't forget to follow me k.. see you again in my next entry.. daaa~

Monday, 3 August 2015

Belajar bersyukur apa yang kita ada


petang-petang ni sesuai buat motivasi diri sendiri dan juga kepada orang lain.. daripada asyik baca gosip artis jom kita motivasikan diri sendiri.. lebih banyak faedah kita perolehi daripada mengata keburukan orang lain.. sama erti menjaga tepi kain orang lain.. ^^ 

***
topik kali ni ialah tentang erti "SYUKUR".. 
tatkala kita hidup serba mencukupi, terdapat lagi golongan lain di sana yang hidup serba kekurangan.. sering kali ada antara kita yang mengeluh nasib masing-masing.. hidup sederhana tapi tak bersyukur tetap juga nak hidup macam orang berada.. walaupun hidup kita tak setanding dengan golongan berada di luar sana at least kita masih boleh bernafas, masih dapat menjamah makanan yang kiranya orang berada pun jamah dan masih mampu meneruskan hidup tanpa bantuan orang lain,, sedangkan orang yang hidup susah inginkan kehidupan macam kita.. sedarkah kita?? 

kadang fatin pun macam tu juga. berfikiran sempit.. hidup fatin tak lah senang sangat tak juga susah.. boleh kata hidup ala kadar saja.. tapi kadang-kadang diri ni meronta kenapa lah hidup susah macam ni?? exactly no.. sebab apa?? susah apanya kalau masih ada kemampuan nak beli keperluan harian kan?? so be grateful for what you have.. mungkin lain kali Allah akan tarik nikmat tu yang menyebabkan kita menyesali akan segala keluhan, ketidakpuasan hidup dan juga ketidaksyukuran kita keatas nikmat-Nya.. pesan pada diri syukur lah apa yang kita ada sekarang.. sebab ada orang lain yang inginkan kehidupan seperti kita walaupun sederhana saja..


***
ada orang kata D.U.I.T bukan segalanya.. ia tak oleh beli kebahagian.. tapi dunia moden zaman sekarang perlu duit,,duit dan duit.. golongan tidak berkemampuan lebih memerlukan sedangkan kita mengeluh dapat gaji sedikit tetapi bagi mereka yang susah jumlah RM200 tu sudah buat mereka mengucapkan syukur sebab mereka lebih tahu betapa peritnya hidup, sengsaranya hidup tidak memiliki apa-apa.. that's why be grateful for what you have..

***
ada orang kata pakaian tak cukup.. setiap bulan bahkan setiap minggu nak beli baju baru sebab apa?? alasan tak ada baju lain nak pakai jalan.. tapi orang yang susah di luar sana bagi mereka sehelai baju sudah cukup untuk menutupi tubuh dari kedinginan malam.. mereka tidak memilih sebab mereka sedar betapa susah nya hidup jika terlalu memilih.. alangkah baiknya jika kita memberi pakaian yang masih elok yang tak digunakan kepada mereka yang memerlukan kerana tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.. betul tidak? so be grateful for what you have ..


kadangkala kita terlalu riak dengan nikmat Allah sehingga kita menunjuk-nunjuk kemewahan yang kita ada lalu pada masa akan datang nikmat tersebut lesap bagai banjir yang menenggelami segala daratan.. sebab apa?? sebab kita tidak bersyukur dengan nikmat Allah.. malah kita lebih memilih untuk menjadi riak.. mohon dijauhkan daripada sifat riak.. Amin ya Rab..

Ada juga golongan yang sentiasa tidak berpuas hati dengan nikmat yang Allah berikan kepada orang lain.. ini menyebabkan berlaku dendam sesama manusia, iri hati, dengki dan sombong.. sedangkan semua nikmat yang kita dapat semua dari Allah.. mengapa harus tamak akan nikmat duniawi?? orang susah malah lebih bersyukur dengan nikmat yang mereka perolehi daripada orang yang hidup serba mencukup kerana mereka tidak akan puas hati sekiranya ada orang lain mendapat nikmat lebih dari apa yang mereka perolehi.. dan suatu masa akan datang Allah akan tarik semua nikmat itu sekelip mata dan baru lah kita sedar bahawa sedikit nikmat yang Allah beri tu adalah sudah cukup memadai daripada langsung tidak memperolehi apa2.. so that's why bersyukurlah kerana Allah limpahkan rezeki yang banyak kepada kita..

semoga dijauhkan dari sifat hasad dengki, sombong dan riak.. Amin ya Rabb..

***
demikianlah motivasi petang ini yang ianya mungkin akan menyedarkan kita agar lebih mensyukuri nikmat yang Allah telah berikan pada kita semua.. kadang rezeki tu cepat dan lambat.. bersyukurlah atas segalanya walaupun sedikit ^^

Sama-sama perbetulkan diri.. 
tu sahaja entry petang ini.. jom kita minum petang dulu.. apa pun kesusahan yang berlaku pasti ada penawarnya.. janganlah bersedih.. senyumlah selalu.. ^^ 



Sunday, 2 August 2015

"Saya Nak Masuk Bloglist Lyssa Faizureen Bulan Ogos 2015"

Morning fellass.. sarapan sanggar pisang plus coffee pagi ni sudah buat perut rasa bahagia.. hehe.. tetiba pula scroll kat dashbord td nampak post pasal segmen kak Lyssa kita tu.. so macam tertarik (bila lagi nak masuk kat bloglist kak Lyssa kan) hehe.. i want to join this segmen.. !!

****



Blog saya mengenai peristiwa-peristwa yang berlaku dalam hidup saya setiap hari yang mana ianya akan memberi banyak pengalaman baru, pengajaran dan tauladan kepada sahabat-sahabat saya di blog agar lebih menghargai hidup walaupun dalam keadaan susah mahupun senang. 

p/s : menarik bukan?? kalau berminat nak join click je banner kak Lyssa tu.. jom lah join ramai2.. :-)