Friday, 28 August 2015

Khasiat Buah Lemon

huh.. panasnya hari ni kan?? hehe.. im sweating all the time.. waduhh.. usually my hometown is a little bit "chill".. hehe.. sorry for my vocabss.. yeahh.. i mean it alot.. selepas gempa bumi yang berlaku di daerah fatin iaitu Ranau, dan fatin kurang pasti bila kali terakhir gegaran tu berlaku, tapi apa yang pasti keadaan suhu di Ranau berubah secara drastik.. suhu semakin meningkat.. memang panas betul lah.. kalau time2 macam ni, sekarang jam menunjukkan 12:18 ptg sememangnya walaupun cuaca sini panas,tapi suhu tetap sederahana sejuk.. semuanya berubah .. sedih tu memang ada.. tak sesejuk dulu.. berhuhu la di rumah setiap hari dengan kipas..hehe..
*
*
*
back to the topic.. sebenarnya fatin nak share satu benda kat korang.. pasal khasiat yang terkandung dalam buah lemon ni.. maklumlah tadi google cari tips untuk hilangkan sakit kepala.. susah fatin nak explain sakit kepala fatin ni..fatin memang jarang ambil ubat-ubatan kalau sakit ni.. boleh dikatakan dalam setahun tu, belum tentu ada sebiji ubat yang ditelan.. fatin memang tak suka makan ubat.. lebih rela try ubat tradisional daripada telan ubat-ubat tu.. hehe..hmm.. cuaca panas ni buat fatin migraine.. masa meng"google" tu jumpa la satu artikel yang berkaitan dengan lemon.. so fatin rasa lebih berfaedah fatin share juga kat sini.. bukan semua orang rajin nak baca info berkaitan kesihatan ni,, so kalau nampak post ni, baca la ye.. hehe.. 
*
*
*
ada tak yang masih tak kenal buah lemon? hahahah.. just kidding lah.. budak umur 5 tahun pun dah kenal lemon apa lagi kita yang dah hidup bertahun-tahun ni.. 
menurut apa yang fatin baca mengenai Lemon ni, lemon sangat terkenal dengan khasiatnya iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat dan lemon juga dikatakan sebagai kuasa untuk boost immune system..Lemon juga bertindak sebagai "Ubat Kurus" kerana ia membantu dalam proses pencernaan dan pembersih hati..

Apakah kandungan yang terdapat dalam sebiji Lemon?? 

  • Asid Citric
  • Calcium
  • Magnesium
  • Vitamin C 
  • Bioflavonoids
  • Pectin
  • Limonene
ketujuh2 kandungan yang terdapat dalam sebiji Lemon ni mampu meningkatkan sistem imun kita dan dapat membantu melawan sebarang jangkitan.

Oleh itu, adalah lebih baik kita minum air lemon setiap pagi kerana ada 12 kebaikan yang tersembunyi disebalik si kuning yang comel ini..


Kebaikan dan faedah air lemon kepada kita :

  • Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
  • Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan pembersihan yang baik kepada hati, buah pinggan dan darah. Secara umumnya hati bertindak untuk perkumuhan dan penapis. Apabila ianya dibersihkan maka kita akan lebih bertenaga dan bersemangat dalam melakukan sebarang kerja.
  • Minum air lemon pada waktu pagi juga membekalkan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
  • Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh besifat alkali dan membuang asid dalam badan.
  • Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
  • Air lemon membantu meningkatkan kesihatan kulit kerana lemon mengandungi vitamin C yang membantu memperbaiki kesihatan kulit. Lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
  • Lemon juga mempunyai sejenis flavonoid yang dipanggil Limonoid Glucosides. Kajian mendapati bahawa flavonoid yang ada dalam lemon mempunyai ciri-ciri karsinogik yang boleh membantu mengelakkan barah.
  • Air lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
  • Ciri-ciri antibakterian yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak.
  • Air lemon juga berupaya membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
  • Ada sumber yang menyatakan bahawa lemon dapat membantu membakar lemak dan membatu untuk kurus.
  • Air lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang boleh membantu mengurangkan bau badan.

sebenarnya Lemon ni mempunyai banyak khasiat yang mana masih terdapat masyarakat yang tidak mengetahui akan kandungan khasiatnya.. so bolehlah amalkan minum lemon tiap pagi.. inshaallah.. 

huh, lengan dan penat menaip so fatin stop kat sini dulu ye.. selamat membaca.. hoho..




~

2 comments:

ana said...

nice sharing.boleh try leps ni

Fatin Syaherah said...

@ana sure.. boleh try.. hehe.. sy pun baru nak try ^^