Saturday, 19 September 2015

Kembali dengan assignment



it's been long seen my last entry.. so hai everybody. how's your day? wahh.. balik hostel ni kan.. terus sakit.. apa tidaknya.. jerebu sangat tebal.. until now on i still sick.. batuk2, demam kejap, flu, sore throat.. nasib lah belum banyak assignment kitaorang nak buat.. tapi tak lah nak lambat-lambatkan kerja.. lagipun keadaan macam ni membuatkan fatin tak semangat nak buat semua tu.. tak selesa.. tapi apa boleh buat,, nak tunggu sembuh, last2 kerja terbengkalai.. apapun tawakal ja lah.. 

*
*
*
masuk sem baru ni, memang bayak benda nak di urus.. nak urus bantuan pelajaran, biasiswa.. memang jenuh nak gerak situ sini.. kalau ada transport sendiri tak kisah lah kehulu kehilir.. student life katakan.. belajar dulu..bersusah-susah dahulu.. next time, hidup senang diri sendiri gembira.. memang agak tertekan hidup kat sini, semua benda kau perlu uruskan sendiri.. dah namanya pelajar kena lah berdikari sendiri.. paling fatin tak dapat nak focus sekarang ni ialah mengenai kursus yang fatin kena ambil sem ni.. pelajar dari course lain dah settle dah.. kitaorang still dengan keadaan yang terpinga-pinga.. masih loading.. -_-.. sudahlah balik2 drop add subjek.. aiii.. kepala pun ikut pusing dan pening tak lama nak pengsan lah ni.. sabar je lah.. baru-baru ni, ada satu subjek yang ditambah.. arghh.. stress nya.. memang jadual padat setiap hari.. plus tutorial .. kelas malam lagi.. memang fatin stress lah sem 3 ni. hehe.. subjek pun lebih kurang "kick" ya Allah .. Tuhan saja yang tau.. nak buat macam mana lagi.. pasrah je lah kan..

*
*
*
kemarin fatin dah siap berurusan di pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Pejabat BKNS.. haha.. excited nak hantar sekali uwaa... banyak kesilapan yang fatin buat.. ya Allah.. kenapa lah jadi macam ni. cuai sangat.. dan untuk kali kedua, terpaksa berurusan lagi dengan kedua2 pejabat ni.. penatnya.. nak kejar masa .. tapi tak dapat kejar..,hehe.. biasalah. tu lah fatin dah kata fatin memang tertekan dan tertekan sangat-sangat.. huhh.. 

so, memang agak jarang dah fatin online sekarang.. paling2 pun online whatsapp.. busy dengan tugasan sebagai seorang pelajar... macam-macam benda nak kena fikir.. assignment oh assignment.. mengapa engkau hadir di kala diri ini telah melupakanmu? sekarang engkau lah peneman setiaku di kala sdih, kecewa, gembira, marah.. haha.. amboi berdrama lah sangat.. 

*
*
*


sory lah yaa pelawat setia blog fatin, sebab fatin tak dapat post new entry selalu.. kalau ada masa fatin akan lawat blog korang juga.. makasih banyak2 sudi singgah kat sini dan rajin-rajinkan lah tangan tu click banner nuffnang kat atas tu ye.. bantu org susah dulu. hahaha.. 

ok lah nak out dah.. fatin kat library ni.. tengah buat tutorial so busy tu tak dinafikan lagi.. see you guys next time.. keep in touch.. follow me k? will follow back.. Happy Weekend!!


Thursday, 3 September 2015

Student Life

Salam maghrib semuanya.. fuh, hari ni memang jenuh sangat packing barang nak bawa balik hostel.. memang hari yang sangat memenatkan.. settle itu ini, urus itu ini.. 

oh yaa.. Fatin agak confuse dengan student life ini.. masa sambung belajar tu la berlambak tawaran fatin dapat.. i mean tawaran sambung belajar kat tempat lain.. sebenarnya, fatin memang agak tertekan sedikit.. fatin tak tahu nak buat pilihan dan tentukan masa depan fatin sendiri.. boleh dikatakan segala apa yang fatin buat, khususnya sambung study ni memang fatin ikut saja arahan ibubapa.. sebab fatin tau mereka lebih berpengalaman tentang semua ni.. 

fatin memang tak minat nak sambung study kat Universiti ni tapi memandangkan memang minat fatin nak jadi guru, well fatin just accept the truth .. masa form six hari tu, fatin dapat interview SPA8.. fatin dapat dua tawaran antaranya :

i- Latihan Jururawat 
ii- Penolong Pembantu Pegawai Perubatan

tapi fatin tak pergi sebab ibubapa fatin tak galakkan fatin ambil Diploma.. sad life juga,, sebab fatin memang kena ikut arahan ibubapa 100%.. ibubapa mana yang tak mahu pilih yang terbaik untuk anak sendiri kan..fatin memang confuse sangat lah.. sometime, fatin rasa fatin tak ada arah tuju nak pergi.. semua orang lain yang aturkan untuk fatin.. memang fatin tak nafikan, fatin tak ada sedikit minat pun nak sambung belajar.. tapi rezeki yang Allah bagi tak boleh tolak...

Sejak hari tu, fatin teruskan sahaja form six hingga lah fatin dapat tawaran masuk Universiti.. orang kata, bidang pendidikan mempunyai masa depan yang cerah,, tapi tidak kah kita perasan bahawa begitu ramai budak pendidikan masa ni yang sedang menganggur? even dia dapat first class sekalipun? tu lecturer kitaorang bagitau.. kalau fatin masuk medic, fatin rasa memang fatin dah confirm dapat kerja tetap tahun depan.. kawan2 fatin yang masuk medic masa fatin form 6 tu, tahun depan dah nak kerja tetap dah.. at least ada kerja.. zaman sekarang kau nak pilih kerja? hmm memang suah nak survive.. fatin risau lah, graduate nanti fatin terpaksa menganggur :(( betapa sakitnya tu bila "duit poket kering"... hahahaha...nak bayar itu ini.. fuh.. fatin memang tak nafikan lebih ramai graduan Universiti yang sedang menganggur sekarang..

*
*
*
macam ni, beberapa hari lepas fatin check email.. fatin dapat satu email dari SPA8.. fatin telah dijemput untuk menghadri peperiksaan online separa perubatan.. fatin agak konfius sedikit.. fatin sekarang dah masuk semester III kat UMS.. fatin minta pendapat ibubapa fatin.. mereka kata tak payah lagi terima tawaran SPA.. teruskan sahaja ambil degree.. sekarang dah ambil degree tak payah sia-siakan lagi peluang yang ada.. yakin sahaja bila dah keluar nanti kat UMS , dapat kerja secepat mungkin.. sebab polisi kerajaan memang tak selalunya tetap.. kadang berubah .. so fatin rasa agak sedih juga lah sebab fatin memang tak ada pendirian langsung.. fatin nak teruskan pengajian kat U ni.. kalau fatin masuk medic, memang terpaksa fatin start Diploma.. so, sekarang fatin memang masih blur, fatin terpaksa terima pendapat orang tua.. huhu.. agak terkilan sebab fatin tak boleh nak buat pilihan sendiri.. fatin tetap tak dibenarkan ambil exam separa perubatan.. at least, kita kena pandai buat pilihan mana yang terbaik kan.. huhu.. 

*
*
*


tak pe lah.. Allah lebih tahu mana yang terbaik.. anggap sahaja Allah sedang menguji.. apapun, fatin akan teruskan pengajian fatin kat menara gading.. InsyaAllah.. doa baik2.. semoga Allah permudahkan segala urusan ^^




Wednesday, 2 September 2015

Time flies so fast


pejam celik pejam celik sekarang dah masuk bulan September dah.. tak sedar masa berlalu begitu cepat.. bulan ni fatin dah naik Tahun II semester 1.. 4 tahun menjadi mahasiswi, dan hanya menunggu 2 tahun lebih untuk bergraduasi.. kalau lah boleh kembali ke zaman kanak-kanak mesti best.. tapi masa tak mungkin boleh diundur.. sebab ia akan terus maju ke hadapan.. never look back.. just move on.. actually, banyak betul masalah fatin sejak kebelakangan ni.. yalah.. biasalah hidup remaja ni.. memang tidak lari dari masalah.. sometimes tu rasa nak give up.. letih dengan semua ni.. fatin sedar, semakin meningkat usia, di situ lah kita akan hadapi pelbagai dugaan.. dugaan dengan hidup sendiri.. betapa complicatednya hidup ni.. 

namun, ada hikmah atas semua yang berlaku.. hanya waktu dan masa yang akan menentukan segalanya.. that's why.. masa tu sangat berharga.. 



fuh,,, bila ingat pasal cuti yang kian tamat ke penghujungnya, rasa malas tu tiba2 muncul.. sebelum ni, memang agak stress duduk rumah tanpa buat apa-apa.. rasa sia-sia cuti fatin 3 bulan.. betapa panjangnya cuti tu.. seperti nak tunggu result SPM keluar.. plan nak kerja part time tak menjadi.. betapa hancurnya hati ini hahaha.. tak lah merana sangat jiwa ni asyik terkurung kat rumah.. 3 bulan cuti, memang 3 bulan juga fatin dalam rumah.. fatin jenis yang tak kuat bergaul, tak kuat berjalan.. memang sepenuh masa tu habis kat rumah.. tolong buat kerja kat rumah.. boleh dikatakan fatin menjadi "suri rumah tanpa gaji" kat rumah.. haha.. siapa lah nak gaji huhu.. 

sejak dulu, hidup ni rasa terasing dari orang ramai even dengan kawan sendiri.. fatin bukan tak diberikan kebebasan pun.. cuma fatin yang pilih jalan ni untuk menjauhkan diri dari orang ramai.. sebab fatin tak suka bersosial.. hehe.. dengan kawan baik sendiri pun memang fatin boleh kira guna jari berapa kali saja fatin keluar dengan mereka tu.. memang jarang keluar rumah.. tu sebab tertekan.. sometimes fatin rasa nak lari dari rumah, tapi kalau nak lari tu kemana arah tujuan fatin? memang tak masuk akal betul.

kawan-kawan kata fatin ni memang sangat pendiam.. memang fatin tak tahu nak bergaul.. sejak di bangku sekolah lagi.. fatin try nak ubah sikap fatin tapi memang tak dapat.. kadang kawan2 sekelas tegur kenapa diam saja, fatin just jawab dengan senyuman.. mesti orang yang dekat dengan fatin rasa bosan dengan perangai fatin ni.. entah lah.. tapi ramai orang yang start rapat dengan fatin, akan rapat dengan fatin walaupun baru kenal. fatin tak tahu lah betul ke tak, kawan2 fatin kata fatin ni seorang yang kelakar, kalau tengah nak bercerta tu memang mulut fatin ni lah paling kepoh.. haha.. ala-ala mak joyah.. wakaka.. 

sejak masuk UMS ni, boleh dikatakan perangai fatin dah berubah dari tidak tahu bergaul kepada seorang yang pandai bergaul.. cuma yang tak boleh diubah tu fatin memang susah di ajak ke mana-mana.. roomate fatin hari tu ajak fatin buat farewell party kat rumahnya pun fatin tak pergi.. fatin kesian pula kat roomate fatin tu, bukan fatin nak tolak ke apa ke.. cuma diri ni tak biasa pergi rumah orang.. didikan keluarga buat fatin memang tak reti nak bersosial.. kalau tak di didik dari kecil, memang fatin tak tahu lah perangai fatin ni macam mana.. mungkin lebih teruk dari perangai setan tu.. alhamdulilah, fatin syukur sangat fatin membesar dengan didikan sempurna.. tak lah buat malu ibubapa.. ^^

*
*
*
melalut pula cerita ni.. keluar dari topik sebenar.. ahaha.. cuti dah nak abis.. Ahad ni dah nak balik Kota Kinabalu dah.. nasib lah jarak dari kampung fatin ke K.K tu ambil masa 2 jam.. kalau tak, memang rasa macam cacing kepanasan lah duduk dalam bus berjam2.. 



back to basic.. Uni life.. yang korang rasa sangat free, sangat aman.. well, i tell you ya.. hidup di universiti ni bukan seperti yang korang sangka.. dulu masa sekolah menengah, buat kerja rumah memang mengeluh.. dan tak sabar nak melangkah ke menara gading.. mind set masa tu ialah kehidupan di U ni bebas.. escape class pun tak pa.. hah, tak pa lah sangat.. kalau kau tak hadir kuliah, bersiap lah dengan markah yang bakal kau dapat dari pensyarah.. sometimes, fatin rasa nak berhenti dari U.. sebab memang penat.. terpaksa berhadapan dengan assignment yang berlambak, presentation.. apa lagi bila kau dapat pensyarah yang sangat strict fuh memang tak ada chan nak bagi kawan kau sign kan kehadiran untuk kau.. how i miss my secondary school.. 

paling fatin tak suka kat U ni, bila pensyarah bagi kau assignment, assignment tu akan dibuat dalam kumpulan.. memang agak complicated juga nak buat group assignment ni. susah nak ada komitmen dan memang akan ada satu ahli kau tu yang akan jadi anak bulan.. hoho.. tu sebab komitmen ni sangat penting.. kau susah payah buat tak tidur hingga pagi, kawan kau sorang tu enak saja dia tidur tapi bila dah dapat markah, akan dapat markah sama rata even cuma kau yang bersusah payah nak buat semua tu.. hmm. apa yang penting, korang kenalah piliha ahli kumpulan yang boleh dipercayai.. tu lah cabaran kat universiti ni.. alhamdulilah, setakat ni fatin ok ja dengan group assignment fatin. sebab ahli kumpulan fatin memang rajin dan ada komitmen.. sometimes, bila stress dengan assignment yang berlambak tu, dan tak tahu nak start dari mana, so memang akan ada salah faham waktu tu.. tapi at least korang kenalah bersatu padu k.. hehe..

so now, hanya 3 hari lagi cuti, so nak start dah packing barang, fatin akan start semuanya esok.. semoga Allah hapuskan rasa malas fatin ni.. semoga semester III ni berjalan dengan lancar.. nak perbaiki diri dan juga perbaiki pointer exam.. semoga dipermudahkan segala urusan.. ok lah. fatin stop kat sini dulu ye.. jangan lupa follow ^^

Assalamualaikum, Salam Isya..