Thursday, 3 September 2015

Student Life

Salam maghrib semuanya.. fuh, hari ni memang jenuh sangat packing barang nak bawa balik hostel.. memang hari yang sangat memenatkan.. settle itu ini, urus itu ini.. 

oh yaa.. Fatin agak confuse dengan student life ini.. masa sambung belajar tu la berlambak tawaran fatin dapat.. i mean tawaran sambung belajar kat tempat lain.. sebenarnya, fatin memang agak tertekan sedikit.. fatin tak tahu nak buat pilihan dan tentukan masa depan fatin sendiri.. boleh dikatakan segala apa yang fatin buat, khususnya sambung study ni memang fatin ikut saja arahan ibubapa.. sebab fatin tau mereka lebih berpengalaman tentang semua ni.. 

fatin memang tak minat nak sambung study kat Universiti ni tapi memandangkan memang minat fatin nak jadi guru, well fatin just accept the truth .. masa form six hari tu, fatin dapat interview SPA8.. fatin dapat dua tawaran antaranya :

i- Latihan Jururawat 
ii- Penolong Pembantu Pegawai Perubatan

tapi fatin tak pergi sebab ibubapa fatin tak galakkan fatin ambil Diploma.. sad life juga,, sebab fatin memang kena ikut arahan ibubapa 100%.. ibubapa mana yang tak mahu pilih yang terbaik untuk anak sendiri kan..fatin memang confuse sangat lah.. sometime, fatin rasa fatin tak ada arah tuju nak pergi.. semua orang lain yang aturkan untuk fatin.. memang fatin tak nafikan, fatin tak ada sedikit minat pun nak sambung belajar.. tapi rezeki yang Allah bagi tak boleh tolak...

Sejak hari tu, fatin teruskan sahaja form six hingga lah fatin dapat tawaran masuk Universiti.. orang kata, bidang pendidikan mempunyai masa depan yang cerah,, tapi tidak kah kita perasan bahawa begitu ramai budak pendidikan masa ni yang sedang menganggur? even dia dapat first class sekalipun? tu lecturer kitaorang bagitau.. kalau fatin masuk medic, fatin rasa memang fatin dah confirm dapat kerja tetap tahun depan.. kawan2 fatin yang masuk medic masa fatin form 6 tu, tahun depan dah nak kerja tetap dah.. at least ada kerja.. zaman sekarang kau nak pilih kerja? hmm memang suah nak survive.. fatin risau lah, graduate nanti fatin terpaksa menganggur :(( betapa sakitnya tu bila "duit poket kering"... hahahaha...nak bayar itu ini.. fuh.. fatin memang tak nafikan lebih ramai graduan Universiti yang sedang menganggur sekarang..

*
*
*
macam ni, beberapa hari lepas fatin check email.. fatin dapat satu email dari SPA8.. fatin telah dijemput untuk menghadri peperiksaan online separa perubatan.. fatin agak konfius sedikit.. fatin sekarang dah masuk semester III kat UMS.. fatin minta pendapat ibubapa fatin.. mereka kata tak payah lagi terima tawaran SPA.. teruskan sahaja ambil degree.. sekarang dah ambil degree tak payah sia-siakan lagi peluang yang ada.. yakin sahaja bila dah keluar nanti kat UMS , dapat kerja secepat mungkin.. sebab polisi kerajaan memang tak selalunya tetap.. kadang berubah .. so fatin rasa agak sedih juga lah sebab fatin memang tak ada pendirian langsung.. fatin nak teruskan pengajian kat U ni.. kalau fatin masuk medic, memang terpaksa fatin start Diploma.. so, sekarang fatin memang masih blur, fatin terpaksa terima pendapat orang tua.. huhu.. agak terkilan sebab fatin tak boleh nak buat pilihan sendiri.. fatin tetap tak dibenarkan ambil exam separa perubatan.. at least, kita kena pandai buat pilihan mana yang terbaik kan.. huhu.. 

*
*
*


tak pe lah.. Allah lebih tahu mana yang terbaik.. anggap sahaja Allah sedang menguji.. apapun, fatin akan teruskan pengajian fatin kat menara gading.. InsyaAllah.. doa baik2.. semoga Allah permudahkan segala urusan ^^




1 comment:

Syah said...

jom join GA ni..rm200 menanti anda!

http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html