Wednesday, 2 September 2015

Time flies so fast


pejam celik pejam celik sekarang dah masuk bulan September dah.. tak sedar masa berlalu begitu cepat.. bulan ni fatin dah naik Tahun II semester 1.. 4 tahun menjadi mahasiswi, dan hanya menunggu 2 tahun lebih untuk bergraduasi.. kalau lah boleh kembali ke zaman kanak-kanak mesti best.. tapi masa tak mungkin boleh diundur.. sebab ia akan terus maju ke hadapan.. never look back.. just move on.. actually, banyak betul masalah fatin sejak kebelakangan ni.. yalah.. biasalah hidup remaja ni.. memang tidak lari dari masalah.. sometimes tu rasa nak give up.. letih dengan semua ni.. fatin sedar, semakin meningkat usia, di situ lah kita akan hadapi pelbagai dugaan.. dugaan dengan hidup sendiri.. betapa complicatednya hidup ni.. 

namun, ada hikmah atas semua yang berlaku.. hanya waktu dan masa yang akan menentukan segalanya.. that's why.. masa tu sangat berharga.. 



fuh,,, bila ingat pasal cuti yang kian tamat ke penghujungnya, rasa malas tu tiba2 muncul.. sebelum ni, memang agak stress duduk rumah tanpa buat apa-apa.. rasa sia-sia cuti fatin 3 bulan.. betapa panjangnya cuti tu.. seperti nak tunggu result SPM keluar.. plan nak kerja part time tak menjadi.. betapa hancurnya hati ini hahaha.. tak lah merana sangat jiwa ni asyik terkurung kat rumah.. 3 bulan cuti, memang 3 bulan juga fatin dalam rumah.. fatin jenis yang tak kuat bergaul, tak kuat berjalan.. memang sepenuh masa tu habis kat rumah.. tolong buat kerja kat rumah.. boleh dikatakan fatin menjadi "suri rumah tanpa gaji" kat rumah.. haha.. siapa lah nak gaji huhu.. 

sejak dulu, hidup ni rasa terasing dari orang ramai even dengan kawan sendiri.. fatin bukan tak diberikan kebebasan pun.. cuma fatin yang pilih jalan ni untuk menjauhkan diri dari orang ramai.. sebab fatin tak suka bersosial.. hehe.. dengan kawan baik sendiri pun memang fatin boleh kira guna jari berapa kali saja fatin keluar dengan mereka tu.. memang jarang keluar rumah.. tu sebab tertekan.. sometimes fatin rasa nak lari dari rumah, tapi kalau nak lari tu kemana arah tujuan fatin? memang tak masuk akal betul.

kawan-kawan kata fatin ni memang sangat pendiam.. memang fatin tak tahu nak bergaul.. sejak di bangku sekolah lagi.. fatin try nak ubah sikap fatin tapi memang tak dapat.. kadang kawan2 sekelas tegur kenapa diam saja, fatin just jawab dengan senyuman.. mesti orang yang dekat dengan fatin rasa bosan dengan perangai fatin ni.. entah lah.. tapi ramai orang yang start rapat dengan fatin, akan rapat dengan fatin walaupun baru kenal. fatin tak tahu lah betul ke tak, kawan2 fatin kata fatin ni seorang yang kelakar, kalau tengah nak bercerta tu memang mulut fatin ni lah paling kepoh.. haha.. ala-ala mak joyah.. wakaka.. 

sejak masuk UMS ni, boleh dikatakan perangai fatin dah berubah dari tidak tahu bergaul kepada seorang yang pandai bergaul.. cuma yang tak boleh diubah tu fatin memang susah di ajak ke mana-mana.. roomate fatin hari tu ajak fatin buat farewell party kat rumahnya pun fatin tak pergi.. fatin kesian pula kat roomate fatin tu, bukan fatin nak tolak ke apa ke.. cuma diri ni tak biasa pergi rumah orang.. didikan keluarga buat fatin memang tak reti nak bersosial.. kalau tak di didik dari kecil, memang fatin tak tahu lah perangai fatin ni macam mana.. mungkin lebih teruk dari perangai setan tu.. alhamdulilah, fatin syukur sangat fatin membesar dengan didikan sempurna.. tak lah buat malu ibubapa.. ^^

*
*
*
melalut pula cerita ni.. keluar dari topik sebenar.. ahaha.. cuti dah nak abis.. Ahad ni dah nak balik Kota Kinabalu dah.. nasib lah jarak dari kampung fatin ke K.K tu ambil masa 2 jam.. kalau tak, memang rasa macam cacing kepanasan lah duduk dalam bus berjam2.. 



back to basic.. Uni life.. yang korang rasa sangat free, sangat aman.. well, i tell you ya.. hidup di universiti ni bukan seperti yang korang sangka.. dulu masa sekolah menengah, buat kerja rumah memang mengeluh.. dan tak sabar nak melangkah ke menara gading.. mind set masa tu ialah kehidupan di U ni bebas.. escape class pun tak pa.. hah, tak pa lah sangat.. kalau kau tak hadir kuliah, bersiap lah dengan markah yang bakal kau dapat dari pensyarah.. sometimes, fatin rasa nak berhenti dari U.. sebab memang penat.. terpaksa berhadapan dengan assignment yang berlambak, presentation.. apa lagi bila kau dapat pensyarah yang sangat strict fuh memang tak ada chan nak bagi kawan kau sign kan kehadiran untuk kau.. how i miss my secondary school.. 

paling fatin tak suka kat U ni, bila pensyarah bagi kau assignment, assignment tu akan dibuat dalam kumpulan.. memang agak complicated juga nak buat group assignment ni. susah nak ada komitmen dan memang akan ada satu ahli kau tu yang akan jadi anak bulan.. hoho.. tu sebab komitmen ni sangat penting.. kau susah payah buat tak tidur hingga pagi, kawan kau sorang tu enak saja dia tidur tapi bila dah dapat markah, akan dapat markah sama rata even cuma kau yang bersusah payah nak buat semua tu.. hmm. apa yang penting, korang kenalah piliha ahli kumpulan yang boleh dipercayai.. tu lah cabaran kat universiti ni.. alhamdulilah, setakat ni fatin ok ja dengan group assignment fatin. sebab ahli kumpulan fatin memang rajin dan ada komitmen.. sometimes, bila stress dengan assignment yang berlambak tu, dan tak tahu nak start dari mana, so memang akan ada salah faham waktu tu.. tapi at least korang kenalah bersatu padu k.. hehe..

so now, hanya 3 hari lagi cuti, so nak start dah packing barang, fatin akan start semuanya esok.. semoga Allah hapuskan rasa malas fatin ni.. semoga semester III ni berjalan dengan lancar.. nak perbaiki diri dan juga perbaiki pointer exam.. semoga dipermudahkan segala urusan.. ok lah. fatin stop kat sini dulu ye.. jangan lupa follow ^^

Assalamualaikum, Salam Isya..



No comments: