Wednesday, 9 December 2015

Final Exam is Around The Corner

hello everybody.. lamanya tak update sini.. rasanya belog ni dah berdebu banyak sangat hingga penglihatan tuan belog samar-samar dan kabur-kabur seperti tak ada orang nak datang berkunjung.. huhu.. betul tidak?? hahaha.. joking..

***
aiyoyo... dah masuk bulan december kan? cepat betul lah masa berlalu.. macam baru kemarin je balik dari cuti panjang.. well, tak payah cakap lah memang dunia sekarang masa berputar terlalu cepat.. baru je tadi siang dah sekarang malam.. hahaha.. malam ni update belog sahaja lah kan sementara tunggu discussion dengan pensyarah jam 9 malam.. lewat sangat.. hari ni kena rush je la.. busy betul.. alhamdulilah another 2 days left to present our presentation then week 14 just tinggal nak refresh balik apa yang kitaorang dah belajar dalam semester III ni.. pejam celik, pejam celik rupanya dah nak masuk semester ke-4 dah kat sini.. kuliah kitaorang hanya seminggu lebih lagi.. minggu depan memang banyak kelas tak de.. semua tamat minggu ni.. tapi ada juga pensyarah yang semangat nak bagi tips exam.. daebak.. pas tu, study weekk.. awww.. dalam fikiran ni ingat nak balik rumah je cuti panjang.. balik rumah habiskan makanan.. hahaha.. hidup ni kena banyak berkorban.. nak cari part time sebenarnya.. semoga lah dapat kerja part time cuti ni.. tak juga menyusahkan ibubapa bila nak balik asrama selepas bercuti-cuti Malaysia.. kekekekek >,<

***
fatin kat UMS ni pun 4 tahun.. means ada dua tahun lebih lagi kot nak struggle... pas tu, merasa la pula alam baru.. alam pekerjaan.. hehe.. sem 8 insyaAllah kalau tiada halangan, fatin akan buat praktikal kat sekolah menengah pulak.. so, jangan fikir pasal praktikal2 dulu buat masa ni.. apa yang penting, fikir pasal exam yang akan datang.. nak improve result.. tu la dulu sem 2 keluar tanduk.. merasa dapat pointer nyawa2 ikan baru nak sedar.. hmm.. begitu lah pelajar.. sampai hostel, tidur,makan,tengok movie.. nak sangat study kat meja, semangat bukan main, sekali duduk je kat meja study tu, masyaAllah entah apa2lah yang dibuat.. ini semua cobaan.. haha.. 

***
kesempatan ni, fatin nak ucap Tahniah kepada rakan-rakan fatin sejak sekolah menengah sebab mereka dah habis study dalam bidang perubatan..iaitu SPA8.. tak ketinggalan juga dengan seseorang yang sentiasa bertakhta di hati ini "HUBBY" hehe.. congrates sebab dah tamat study.. semoga menjadi Nurse dan Medical Assistance yang berjaya.. fatin turut ucapkan kepada semua student medic atas kejayaan korang dalam menempuhi segala perit getir, suka duka, semasa berpraktikal.. bukan senang nak buat kerja-kerja begitu,, fizikal dan mental kena kuat.. kalau lah fatin masuk SPA8 hari tu, mungkin dah graduate dah bersama korang batch 2013.. hehe.. tapi apakan daya.. rezeki orang tak sama.. apa ja pekerjaan tu kena buat dengan ikhlas.. janganlah ada yang membanding-banding antara satu sama lain.. k.. congrates you alls...

***
hmm.. ubah topik.. ekekeke.. lamanya nak jam9.. nak balik bilik. seharian kena aircond..sejuk oh.. sudahlah hujan kan.. adehh... hmm, tak sabar nak habiskan semua ni..memang susah sangat nak buat ulang kaji.. masa study week nanti ni la kena struggle habis.. apalagi bila tau subjek semester ni sangat kick.. boleh tahan la juga.. mengarang panjang2 bukan main.. apalah nasib jadi student sejarah ni.. sudah lah fatin tak suka sejarah.. last2 dapat course ni lagi.. haha.. inshaAllah nanti fatin nak jadi Guru Sejarah yang sangat berdedikasi,aminn.. heee...

tadi time kelas Sosiologi Pendidikan, best sangat kuliahnya.. sampai sakit perut nak ketawa.. apa tidaknya.. pensyarah kitaorang tu suka buat lawak.. tetiba sedih pula hari ni kelas sosiologi tamat dan lepas ni,memang jarang dah jumpa pensyarah Sosiolgi.. santai je dia bagi kuliah kat kitaorang semua.. enjoy.. masuk dalam ingatan dengan mudah.. hee.. then, satu fatin paling ingat dan sampai bila-bila akan tersemat dalam kepala otak ni yang selalu pelupa.. 

Sifat seorang guru diwarisi daripada sifat para Nabi (bermula dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad)..

Siddiq =Benar
Amanah=Bertanggungjawab
Tabligh=Menyampaikan
Fatonah=Kebijaksanaan

that is why, pekerjaan Guru adalah pekerjaan yang sangat mulia.. tu sebab fatin nak sangat jadi Guru.. kita menyampaikan ilmu dapat pahala.. betul tidak? hehe

***
okey lah.. fatin rasa tu ja yang fatin mampu nak merapu kat sini hari ni.. mujurlah kan dapat online kat library kesayangan beta..hehe.. so, doakan fatin ya untuk final exm nanti,, huhu.. dah nak masuk semester 4 dah.. jiwa kena tabah.. hehe.. thanks for reading and mind come to visit my blog as often as you can ya.. papaiii.. see ya in the next entry (Much Love : Fatin Syaherah)