Saturday, 17 December 2016

Study Week

Haiii guyss... Im back after a long break.. Cehh break lah sangat.. haha.. baru ada kesempatan mau menaip lagi.. sebab selama ni nak tau taip apa ja? taip assignment yg berlambak sangat tu. plus laptop fatin tak berapa ok.. dah naik sawan dia ni saat-saat banyak kerja nak buat.. naik stress juga fatin.. stress dengan assignment stress pasal takut tak dapat score lagi sem ni. huh.. sabar ja lah.. i know i can do it macam sem-sem lepas. walaupun sem ni banyak masalah nak kena hadap, telan jak lah. takut juga pelajaran terganggu oleh kerana emosi ni selalu tak stabil. banyak sangat benda yang nak difikirkan.. i don't know what to say so far i'm okay.. selebihnya tu biarlah jadi rahsia.. =) 
*
*
*
fuhhh... final exam dah nak dekat dah.. belum prepare lagi.. macam sem-sem lepas.. asal nak study week diri ni buat perangai.. saat-saat macam ni lah tangan ni gatal sangat nak buka drama Korea.. hahaha.. sabar ja lah.. hari tu tak kisah sangat nak tengok drama sekali masa nak study week ni lah rajin sangat nak tengok drama. apa lah nak jadi dengan engkau ni wahai Fatin?? heheh...

Nak tau tak, sem ni kan fatin ada buat part time kat Nasi Kukus dekat 1 boreo tu.. heheh.. siapa orang KK kat sini yang muka dia dok hadap 1B je tiap hari confirm dia tau lah tu Nasi Kukus ni dkat mana. haha.. ye lah. start keja kat sana masa hujung bulan september.. Sebab kan sem ni kitaorang banyak guna duit.. so tak nak lah menyusahkan ibubapa sebab adik beradik yang masih sekolah pun ramai. so fatin ambil la experience ni kerja dengan orang.. Alhamdulilah, bos baik sangat dengan staff dia.. siap di bawa lagi pergi release tension lepas habis kerja.. bayangkan lah sehari kerja dari jam 11am-9.45pm.. lepas habis keja tu kita tak balik terus tapi kita kemas kedai tu lagi.. kadang-kadang dekat jam 12 baru balik asrama.. tu pun kad matrik selalu kena tahan, tulis nama. Lagi lucu pernah sekali fatin try tulis nama palsu sekali kedapatan sebab pak cik guard tu cek kad matrik. wakakaka. malu sis tau.. sampai bilik terus tidur.. memang sangat penat. nasib bos bagi kerja sminggu dua kali. kalau bagi kerja setiap hari confirm jadi lidi fatin ni sudahlah memang macam lidi sem ni. 

Anyway, memang buat part time ni best.. cuma hati tu kena kuat, fizikal kena kuat sebab apa? sebab tiada kerja yang tak penat beb.. kalau nak complaint pun kan tak ada guna sebab memang kerja tiada yang tak penat bak kata boss kami "siapa yang kata tak penat tu memang dia kerja curi tualng" haha.. see? betul juga boss kata macam tu. so syukur lah. dapat cari pengalaman untuk dapat duit poket sendiri. Next time nak buat part time lagi.. hehe. InshaAllah kalau tak busy sem depan nak juga part time lagi.. time management tu penting.. 
*
*
*
Bosan sangat masa study week ni tau.. tak tau nak buat apa. sebab fatin kalau study awal-awal macam ni memang tak masuk otak punya,apa boleh buat.. sayang kan masa tu tak diguna sebaik mungkin. Yala InshaAllah lepas ni nak buat notes sikit2.. 

Ok laa. Tu ja lah coretan untuk hari ni.. merapu sikit2 so now i have to clean up my room.. berhamburan sangat.. hahah.. kbye.. see yu again in the next entry.. papaiii~

Monday, 7 March 2016

Kisah Si Gadis Tingkatan 6

selamat malam you alls.. fuhh.. baru lah ada kesempatan nak jenguk belog.. ramai juga datang menziarah blog yang serba tak perfect ni time tuannya sedang busy dengan semester baru yang dah hampir masuk sebulan dah.. huhu.. you know what? semester ni fatin punya jadual alahai tersangat lah pack ok.. tak de ke ruang nak rehat? hahaha.. ada je lah. fatin saja atur jadual kuliah dan tutorial hari isnin hingga khamis. so jumaat fatin kosongkan jadual fatin so dalam seminggu tu 3 hari lah fatin cuti.. tapiii... fatin kerja part time pula hujung minggu tu untuk dapat wang saku.. maklumlah semester ni memang duit banyak keluar lah.. lain dengan Mikroteaching, nak buat poster untuk project kitaorang, nak keluar pergi field trip.. duit .. duit.. duit.. semua memang kena guna duit. nak save duit untuk makan. tapi duit saving untuk makan tu diguna pulak dah untuk bayar keperluan itu ini.. nasib seorang pelajar.. fatin just nak berdikari sendiri tak nak susahkan ibubapa.. lagipun fatin ramai adik beradik so biarlah adik fatin yang kecil-kecil tu dilebihkan segala kepeluan mereka.. fatin dah biasa berdikari sendiri pun.. cari wang saku sendiri.. lagi puas hati okay.. hehe.. 

*
*
*
fatin nak cerita pasal pengalaman fatin masuk tingkatan 6 ni especially pada adik-adik kita yang baru ja dapat keputusan SPM.. fatin nak ucap tahniah pada adik-adik yang berjaya dapat keputusan terbaik.. dan yang tak seberapa cemerlang keputusannya jangan mengalah.. fatin dulu pun tak lah bagus sangat keputusan semasa SPM.. tapi see?? fatin berjaya juga capai cita-cita fatin nak jadi Pendidik.. walaupun dulu nak jadi Cikgu Matematik, tapiii sekarang fatin tak lama lagi jadi Cikgu Sejarah-Geografi.. lihat tu. rezeki Allah.. kita tak jangka kan.. 

Dulu fatin pernah rasa down sangat sebab result SPM fatin tak seperti yang fatin harapkan.. nak masuk Institut Perguruan pun rasa tak layak.. apply itu ini tak dapat.. terpadam lah impian fatin kat sana. Tapiii.. Allah kan adil.. Alhamdulilah Allah bagi fatin rezeki dapat tawaran masuk tingkatan 6.. maklumlah batch fatin juga la yang pertama kali rasmikan sistem baru tingkatan 6 iaitu sistem berpenggal.. firstly, memang ramai juga lah yang pandang rendah dengan pilihan fatin ni.. even guru-guru kita pun kata "buat apa nak masuk form 6? buang masa je" ... tapi ada juga lah bagi pandangan positif.. terutama family fatin. mereka bagi motivasi pada fatin supaya teruskan saja pengajian form 6 ni.. fatin pun mendengar lah sebab fatin tahu pilihan keluarga yang terbaik.. 

*
*
*
memandangkan kita orang batch pertama dalam sistem baru tingkatan enam tu kan, rasa pelik juga lah dan kadang-kadang rasa annoying sebab masih tak faham dengan kurikulum baru tu.. hahah.. tapi selepas dapat pengalaman manis pahit pada penggal 1 tingkatan 6 baru lah fatin tahu bagaimana sukarnya nak struggle untuk form 6 ni.. sebab kan kitaorang study macam lebih kurang 3-4 bulan gitu dah tu exam pulak .. macam STPM sebenar lah.. alahai memang pun kan STPM sebenar.. hahaha.. 

so, setelah struggle habis-habisan selama 3 penggal dalam form 6 tu, akhirnya fatin bebas lah dari sekolah menangah,dan bila dapat final result lega rasanya walaupun fatin ada repeat satu subjek iaitu subjek economic.. hehe.. biasa lah..lemah math kot.. hehe.. tapi masih boleh lah mengira dengan betul lah juga.. hehe..

*
*
*
hmmm... jangan lah fikir yang form 6 ni tak baik ye.. lihat lah kakak-kakak korang yang dah lama makan garam ni. cehh. haha.. serius lahh.. memang betul pun.. bukannya apa fatin nak bandingkan.. kadang-kadang orang yang kita lihat macam tiada harapan untuk maju sebab selalu gagal ni, sebenarnya orang tu lah yang sedang maju .. fatin tak sangka bila fatin masuk kat U ni, fatin jumpa juga rakan-rakan satu sekolah fatin yang dulu kiranya berada di kelas tercorot.. dan tak semestinya orang yang selalu berada diatas tu akan selamanya berada di atas.. dalam hidup ni, memang normal kalau kadang kita jatuh, dan kadang kita berada di atas dan tu semua berkat pertolongan dan rezeki yang Allah beri pada kita semua.. so kena bersykur k..

*
*
*

Mesti korang tertanya-tanya kan di mana lah nak pergi lepas SPM? hah .. jangan risau ..fatin listkan ye mana-mana yang adik-adik nak apply.. sama ada nak ambil diploma ke, nak masuk asasi ke atau maybe form 6??


** Permohonan masuk tingkatan 6
** Permohonan UPU 
** Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 

okay setakat ni je yg fatin dah cari link yang mungkin available buat masa ni.. so korang usaha la ye nak apply semua tu.. hehe.. semoga berjaya k.. fatin nak sambung buat kerja dulu.. papaiii...



Tuesday, 16 February 2016

Counting Days

haiii.. hehe.. selamat malam semua.. huh.. hari ini debaran result exam sudah pun beransur pulih.. mesti ramai yang senang hati hari ni kan? Rasanya UMS adalah U yang paling lewat announce result exam tau.. Universiti lain dari bulan lepas lagi mereka dah dapat result.. dan hari ni hari keramat buat semua pelajar UMS termasuk diri kerdil ini.. 

kemarin, pihak MPP UMS dah buat pemberitahuan bahawa result kitaorang boleh disemak pada hari selasa bersamaan 16/02/2016 tepat pukul 12PM.. tunggu punya tunggu.. punya la semangat nak check.. tepat jam 12 terus fatin login web SMP.. haha.. tapi hairan kenapa tak ada result sesi 1-2015/2016 ni?? pelik sendiri.. alahaiii.. bila cek group kat whatsapp rupanya ditunda pada jam 2 petang..

semangatnya fatin menunggu.. buat kerja tak keruan.. tangan bergetar.. dada berdebar2.. haha.. takut keputusan tak okey sem 3 ni.. tau lah sem 1 dan sem 2 fatin dapat result nyawa-nyawa ikan gitu lah.. penangan movie la tu.. hehe...

pas tu kann.... fatin try lah cek result jam 1:45pm tadi.. kot2 dah masuk sistem.. punyalah terkejut beruk fatin tadi nampak list untuk keputusan sesi 1-2015/2016.. tangan semakin bergegar sampai nak jatuh jantung.. hahaha .. bila dah nampak result..... Alhamdulilahh.. syukur sangat weiii... tak tau nak kata apa dah.. tak sia-sia study last minit *actually fatin study last minit* hehe..nasib lah result dah lebih okey berbanding dua sem yang lepas k..syukur sangat.. tapi pointer tu fatin nak rahsiakan je lah.. family fatin je yang tau dan orang tersayang.. haha.. tapi fatin nak share juga yang sem ni fatin dapat Dekan.. hee.. tapi pointer masih dirahsiakan..





mula lah sudah riuh group whatsapp fatin.. haha.. senyum2 je fatin lihat.. ada juga yang post kat fb.. siapa tak rasa bahagia kan kalau kita dapat result gempak.. ibubapa pun happy.. cuma tu je lah.. jangan nak riak sangat.. takut Allah tarik balik apa yang kita dah dapat.. yang penting tak merendahkan orang lain..bertanyakan pointer kawan2 tak salah. yang salah tu bila kau banding2kan result kau sampai kawan kau sendiri rasa nak tempeleng kau depan2.. hehe.. kan3? so behave ok.. 

tu semua bergantung pada usaha masing-masing..tiada yang mustahil kalau kita bersungguh-sungguh.. jadikan semua tu pengajaran.. ada baiknya kita pernah jatuh dulu.. dan dapat bangkit semula..orang gagal pun akhirnya boleh berjaya.. siapa tahu nasib orang kan? 

So tahniah kepada semua yang sudah mendapat keputusan peperiksaan.. semoga kita semua beroleh kejayaan sehingga ke pengakhiran semester.. amin ya rabb...buat lagi yang terbaik untuk seterusnya.. jangan putus asa..





hehe.. yang belum check result tu,, check lah.. supaya debaran tu beransur hilang.. hehe.. lagi awal tau, lagi bagus.. kan? hahaha... 

*
*
*
huh, result dah keluar.. so tinggal nak tunggu beberapa hari lagi untuk balik asrama.. huhu.. bermula lah lagi sesi kuliah dan tutorial sem 4 .. isnin dah start kuliah dah.. kawan-kawan pun ramai dah yang balik hostel.. mungkin fatin balik ahad kot.. nak puas2 dulu bercuti di kampung halaman fatin yang sentiasa dirindui .. of course lah Ranau,Sabah..hehe.. sudahlah sejuk saja di sini, mesti rindu sangat cuaca kat sini bila dah balik ke K.Kinabalu.. 

baiklah.. sekian saja untuk hari ini... fatin nak tengok movie dulu.. papaiiii ^^



Monday, 8 February 2016

Selamat Malam

bestnyaaa malam ni.. Hujan gitewww.. sudahlah sejuk.. tambah sejukk.. berrr.. daebak.. haha..
lamanya tak update blog.. walaupun kitaorang tengah cuti sekarang, tapi memang langsung tak ada masa nak online.. paling-paling online kat henpon jewww.. maklumlah.. suri rumah berjaya katakan time sembreak ni.. naik jenguh juga buat kerja rumah segala tapi apa boleh buat...dah memang kerja seorang perempuan.. sabo je la dik.. kikiki.

Actually malam ni, fatin tak ada idea lah nak cerita pasai pa.. tapi kan.. ada satu fatin nak tanya..
Apesal eh ramai sangat yang kawin tahun ni?? hahahaha.. kawan fatin yang memang dari dulu single tu pun, alamak.. tetiba ja send invitation wedding tapi malangnya tak dapat kot nak pergi.. haha.. mintak ampun banyak-banyak yaa.. begini lah orang tak de transport sendiri.. kalau ada transport sendiri dah lama fatin pergi.. ada pun kereta bapak punya lah.. **Sedar diri kayy**

yang kita ni duduk tersengih je lah tengok kawan-kawan bina masjid mereka sendiri. Ye lah.. janga desperate sangat soal kawin.. mana tau esok-esok kot giliran engko.. haha.. jodoh pertemuan semua Allah dah aturkan.. sabar je la, inshaAllah si Dia yang masih misteri akan terus setia menunggu.. kekeke..hari ni pun my future sister-in-law **berangan sebentar** dh pun bina mahligai cintanya dengan husband tercintaa..congrates kak.. hehe.. doakan kami next aa.haha.. 



fatin nak ucapkan Tahniah pada semua yang dah sah bergelar suami isteri tahun ni.. semoga hubungan kalian sentiasa dalam keredhaanNya..hehe.. 

*
*
*
tau ka anda semua? masa cuti ni fatin busy sangat-sangat.. cuti sem pun, masih terikat dengan assignment.. bukan apa.. haha.. fatin buat assignment Aunty fatin ni hah.. jenuh eh nak buat segala benda ni.. 3 assignmt ok.. haha..

1. Introduction of Early ChildHood Education
2. Principles of Management
3. Tamadun Islam dan Tamadun Asia

...hah ni lerr fatin nak buat.. each assignment 40 marks.. cuba bayangkan.. sedangkan assignment fatin yang lepas pun fatin buat last minit... hahah.. memang pemalas tahap entah lah.. seriously.. semua ni mesti settle before 16/02/16 tau tak? menahan lah sakit tulang belakang ni.. dan kanta kaca mata semakin menebal.. so apa boleh buat lah kan.. ni je fatin mampu buat untuk dapat side income.. boleh juga bawa untuk beli keperluan masuk asrama 21/02/16 ni.. sementara nak tunggu elaun biasiswa masyukk poket..

memang sangat pokai lah cuti ni.. nak minta segan pula.. family fatin bukan orang senang. hah tu terpaksa cari income sendiri. tak pe.. ni semua dugaan hidup,.. mesti kena hidup berdikari tanpa menyusahkan sesiapa kan, kan kan..

*
*
*
hmm.. nak ceta apa lagi ya? fatin dah nak stop dah ni... sakit pulak belakang.. so nanti ada masa lebih fatin share korang satu kisah menarik ye.. buat masa ni, fatin hanya mampu update randomly atas apa yang hanya ada dalam otak fatin sekarang.. penat berfikir dah.. haha.. ok lah..
see you again fellas.. 

P/S : jangan lupa folow dan click tabung nuffnang fatin ea.. sampai jumpa.babaiii..

Saturday, 2 January 2016

Happy New Year 2016!!

Heyyyy.. im comingg.. ohh it's been long since my latest post last year.. omg.. hahahah... tidak bahhhh... Happy New Year 2016!! baru dapat online blog dan wish tahun baru.. masih belum terlambat bah kan.. huh,berakhirlah sudah tahun 2015 yang sangat mencabar buat diri ni.. ya.. i mean it a lot.. sebab apa? hehe.. adalah. banyak perkara yang menyakitkan hati berlaku tahun lepas.. but i am so grateful because 2015 teach me a lot how to be more stronger and grateful for everything i have in my precious life.. walaupun begitu banyak ujian datang, especially ujian persahabatan, pelajaran dan tidak lupa juga ujian dalam "percintaan" tapi hati ni masih bertahan .. thank you so much..

***

So, apa resolusi kawan2 semua? ada pasang azam baru? tiap tahun pasang azam baru tapi tak juga dilaksanakan dengan baik, tidak juga menjadi semua plan yang dirancang, dan sebagainya lah.. diri kita lebih tahu kan apa yang tertunai dan tidak tertunai.. itu lah sebab, tidak perlu buat azam yang hanya setakat keluar dari mulut tapi tidak bersungguh-sungguh untuk melakukannya.. betul tidak? hehe..





so azam tahun ni, biasa-biasa saja.. Fatin harap result exam fatin ada peningkatan, harap dipanjangkan umur, dan fatin juga berharap agar diri ni menjadi seorang yang jauh lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Aminnn. dan semoga jodoh dipercepatkan .. wakakaka.. joking.. so last but not least..

HAPPY NEW YEAR 2016 ONCE AGAIN GUYSSSSS.....

hmm. tahu tak?? dah lama fatin exam.. akhir tahun exam, awal tahun pun exan.. hahahaha.. may Allah ease everything.. amin ya rab.. fatin ada 6 subjek dalam final exam semester 3 ni.. 2 paper burned.. another 4 paper to burn.. yeahhh!!! tak sabar nak balik Ranau.. hehe...time exam ni lah keluar perangai fatin yang sebenar iaitu pemalas.. makin nak exam nah sana lah sibuk nak install game la apa segala .. nasib movie2 yang fatin ada sudah fatin khatam sebelum exam lagi.. haha.. kalau tak, emm jawab movie ja la nanti kat kertas soalan.. ahahaha.. nasib seorang pelajar.. awal semester ja rajin, akhir semester keluar perangai tidak bagus.. kekeke...

so tu je lah yang fatin nak tulis.. malas dah nak taip dan fatin tak ada idea nak sembang tentang apa melainkan nak wish new year sahaja,, hehe.. jumpa lagi entry yg seterusnya.. selamat kembali ke sekolah kepada adik-adik sekolah menengah dan sekolah rendah.. belajar lah bagus-bagus ya.. haha.. dan kitaoran akan bercuti-cuti Malaysia tidak lama lagi.. yahooooo!!!

see ya again fellas.. papaiii...