Monday, 7 March 2016

Kisah Si Gadis Tingkatan 6

selamat malam you alls.. fuhh.. baru lah ada kesempatan nak jenguk belog.. ramai juga datang menziarah blog yang serba tak perfect ni time tuannya sedang busy dengan semester baru yang dah hampir masuk sebulan dah.. huhu.. you know what? semester ni fatin punya jadual alahai tersangat lah pack ok.. tak de ke ruang nak rehat? hahaha.. ada je lah. fatin saja atur jadual kuliah dan tutorial hari isnin hingga khamis. so jumaat fatin kosongkan jadual fatin so dalam seminggu tu 3 hari lah fatin cuti.. tapiii... fatin kerja part time pula hujung minggu tu untuk dapat wang saku.. maklumlah semester ni memang duit banyak keluar lah.. lain dengan Mikroteaching, nak buat poster untuk project kitaorang, nak keluar pergi field trip.. duit .. duit.. duit.. semua memang kena guna duit. nak save duit untuk makan. tapi duit saving untuk makan tu diguna pulak dah untuk bayar keperluan itu ini.. nasib seorang pelajar.. fatin just nak berdikari sendiri tak nak susahkan ibubapa.. lagipun fatin ramai adik beradik so biarlah adik fatin yang kecil-kecil tu dilebihkan segala kepeluan mereka.. fatin dah biasa berdikari sendiri pun.. cari wang saku sendiri.. lagi puas hati okay.. hehe.. 

*
*
*
fatin nak cerita pasal pengalaman fatin masuk tingkatan 6 ni especially pada adik-adik kita yang baru ja dapat keputusan SPM.. fatin nak ucap tahniah pada adik-adik yang berjaya dapat keputusan terbaik.. dan yang tak seberapa cemerlang keputusannya jangan mengalah.. fatin dulu pun tak lah bagus sangat keputusan semasa SPM.. tapi see?? fatin berjaya juga capai cita-cita fatin nak jadi Pendidik.. walaupun dulu nak jadi Cikgu Matematik, tapiii sekarang fatin tak lama lagi jadi Cikgu Sejarah-Geografi.. lihat tu. rezeki Allah.. kita tak jangka kan.. 

Dulu fatin pernah rasa down sangat sebab result SPM fatin tak seperti yang fatin harapkan.. nak masuk Institut Perguruan pun rasa tak layak.. apply itu ini tak dapat.. terpadam lah impian fatin kat sana. Tapiii.. Allah kan adil.. Alhamdulilah Allah bagi fatin rezeki dapat tawaran masuk tingkatan 6.. maklumlah batch fatin juga la yang pertama kali rasmikan sistem baru tingkatan 6 iaitu sistem berpenggal.. firstly, memang ramai juga lah yang pandang rendah dengan pilihan fatin ni.. even guru-guru kita pun kata "buat apa nak masuk form 6? buang masa je" ... tapi ada juga lah bagi pandangan positif.. terutama family fatin. mereka bagi motivasi pada fatin supaya teruskan saja pengajian form 6 ni.. fatin pun mendengar lah sebab fatin tahu pilihan keluarga yang terbaik.. 

*
*
*
memandangkan kita orang batch pertama dalam sistem baru tingkatan enam tu kan, rasa pelik juga lah dan kadang-kadang rasa annoying sebab masih tak faham dengan kurikulum baru tu.. hahah.. tapi selepas dapat pengalaman manis pahit pada penggal 1 tingkatan 6 baru lah fatin tahu bagaimana sukarnya nak struggle untuk form 6 ni.. sebab kan kitaorang study macam lebih kurang 3-4 bulan gitu dah tu exam pulak .. macam STPM sebenar lah.. alahai memang pun kan STPM sebenar.. hahaha.. 

so, setelah struggle habis-habisan selama 3 penggal dalam form 6 tu, akhirnya fatin bebas lah dari sekolah menangah,dan bila dapat final result lega rasanya walaupun fatin ada repeat satu subjek iaitu subjek economic.. hehe.. biasa lah..lemah math kot.. hehe.. tapi masih boleh lah mengira dengan betul lah juga.. hehe..

*
*
*
hmmm... jangan lah fikir yang form 6 ni tak baik ye.. lihat lah kakak-kakak korang yang dah lama makan garam ni. cehh. haha.. serius lahh.. memang betul pun.. bukannya apa fatin nak bandingkan.. kadang-kadang orang yang kita lihat macam tiada harapan untuk maju sebab selalu gagal ni, sebenarnya orang tu lah yang sedang maju .. fatin tak sangka bila fatin masuk kat U ni, fatin jumpa juga rakan-rakan satu sekolah fatin yang dulu kiranya berada di kelas tercorot.. dan tak semestinya orang yang selalu berada diatas tu akan selamanya berada di atas.. dalam hidup ni, memang normal kalau kadang kita jatuh, dan kadang kita berada di atas dan tu semua berkat pertolongan dan rezeki yang Allah beri pada kita semua.. so kena bersykur k..

*
*
*

Mesti korang tertanya-tanya kan di mana lah nak pergi lepas SPM? hah .. jangan risau ..fatin listkan ye mana-mana yang adik-adik nak apply.. sama ada nak ambil diploma ke, nak masuk asasi ke atau maybe form 6??


** Permohonan masuk tingkatan 6
** Permohonan UPU 
** Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 

okay setakat ni je yg fatin dah cari link yang mungkin available buat masa ni.. so korang usaha la ye nak apply semua tu.. hehe.. semoga berjaya k.. fatin nak sambung buat kerja dulu.. papaiii...